Kes Ibu Tunggal Foodpanda Bawa Anak OKU, Pusat Zakat Beri Pencerahan
1-2 hari ini sebuah gambar ibu tunggal yang bekerja sebagai rider foodpandan menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet.
Ia bukan mencetuskan rasa sayu, bahkan simpati dan insaf kepada ramai rakyat Malaysia.
Terkini, Ustaz Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah kereta kepada ibu tunggal tersebut:
Hadiahkan kereta buat ibu tunggal Azimah Rahim yang tular kerja menghantar makanan sambil mengendong anak oku buta.
Sebak sayu hati bila ziarah akak ni tadi. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan dengan mengendong anaknya.
Syukur pada Allah , 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah akak ini dan anak kecilnya. Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya.
Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya.
Syukur hari ini kami berjumpa lagi dan hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta. Kadang mengambil tempahan membuat mee kari dengan laksa untuk rumah yang inginkan. Beliau pandai masak juga.
Ya Allah semoga Allah beri kekuatan buat kakak ini bersama anak kecilnya.
Susulan itu, tindakan UEL turut mendapat perhatian ramai yang terharu dengan respon beliau.
Namun, ada juga pihak yang mengecam pihak zakat yang dikatakan tidak memberi bantuan kepada ibu tunggal tersebut.
Berikut adalah penjelasan pihak MAIWP:
Pencerahan kes ibu tunggal bawa anak OKU ketika hantar pesanan makanan – MAIWP
Untuk makluman semua sahabat dan rakan taulan.
Makluman bantuan zakat dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) : Bantuan telah lama disalurkan.
1. Bantuan Kewangan Bulanan
Lulus
RM650.00 sebulan
07/2022-06/2023
2. Bantuan Perubatan Am (Lampin) untuk anak
Lulus
RM135.00 sebulan
08/2022-03/2023
3. Bantuan Kecemasan
Lulus
RM500.00 oneoff
08/2022
4. Bantuan Kecemasan
Lulus
RM1,000.00 oneoff
07/2022
Sebarkan fakta ini untuk bantuan pencerahan kepada yang mengecam pihak zakat.
Sebelum ini, MAIWP juga pernah mewar-warkan kes ini di media sosial:
RIDER FOODPANDA BERSAMA ANAK BUTA DAPAT PERHATIAN MAIWP – 2 Januari 2022
Baru-baru ini netizen dikejutkan dengan sebuah kisah tular, apabila dilihat seorang rider wanita Foodpanda mengendong anak kecil sewaktu membuat penghantaran makanan.
Pn. Azimah bt Abd Rahim, 37 tahun tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membawa anak bongsu itu bersamanya ketika beliau keluar mencari rezeki memandangkan adik Zahirah, 5 tahun itu adalah merupakan kanak-kanak OKU buta penglihatan 100% sejak lahir disamping mengalami simptom hyperactive.
Perkara tersebut menjadi sebab utama adik Zahirah dikendong ke hulu hilir oleh ibunya kerana tiada sesiapa yang sanggup menjaga anak syurga ini.
Setelah beberapa kali MAIWP gagal bertemu dengan Pn. Azimah, akhirnya malam tadi beliau berjaya diziarahi oleh kami. Beliau ketika ditemui berkata, semenjak kisahnya menjadi tular terdapat banyak pihak yang datang menghulurkan sumbangan. Terkini seorang Pendakwah Selebriti iaitu Ustaz Ebit Liew turut tidak terlepas untuk tampil membantu keluarga ini.
Pn. Azimah di sebalik pelitup mukanya tadi, dapat dilihat wajahnya amat gembira apabila dimaklumkan bahawa beliau akan disantuni MAIWP melalui Bantuan Sara Hidup selain keperluan perubatan (susu dan lampin) Adik Zahirah akan dibantu secara bulanan dalam masa terdekat ini. Skuad sempat berkongsi sekiranya terdapat sebarang keperluan berkenaan anak istimewanya itu, jangan bertangguh untuk mengadu kepada MAIWP untuk dibantu secepat mungkin.
Terima Kasih Pembayar Zakat.
Zakat Anda Kelangsungan Hidup Mereka.
Sumber: Baitulmal MAIWP