in

[Video] Kisah Di Sebalik Warga Emas Ditemui Setelah 6 Hari Hilang Di Kebun Sawit

warga emas hilang
ADVERTISEMENT

BATU PAHAT: Wanita warga emas, Painah Siwan 79 tahun yang hilang sejak enam hari lalu ditemui dalam keadaan lemah sekitar jam 12.30 tengahari tadi.

Berita penemuan itu dikongsi Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat,Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi dalam Facebooknya .

“Alhamdulillah Pn Painah Siwan 79 tahun yang hilang sejak 6 hari lalu ditemui masih hidup berdekatan kolam ikan sekitar jam 12.30 tengahari tadi. Dia ditemui dalam keadaan lemah” menurut catatan Puad.

ADVERTISEMENT

Difahamkan turut dijumpai bersama mangsa adalah sepasang selipar dan secekak lidi daun sawit yang sebahagiannya telah diraut.

“Tahniah kepada PDRM, ATM, PGA, JPAM, RELA, BOMBA, NGO dan orang kampung yang gigih mencari tanpa mengira penat dan lelah”

VIDEO WARGA EMAS DIJUMPAI OLEH 2 ORANG AWAM

Media sebelum ini melaporkan Painah dilaporkan hilang di Kampung Parit Sayang, Senggarang, di sini sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata kawasan pencarian diperluaskan sehingga 800 meter dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Seramai 187 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi pencarian berkenaan.

Terdahulu, kehilangan wanita warga emas di Kampung Parit Kasih Sayang di Senggarang menimbulkan pelbagai persoalan kepada ahli keluarganya selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dibuat penyapu lidi sejak beberapa hari lalu.

Anaknya, Sadiah Mohari, 42, berkata, ibunya, Painah Siwan, 79, adalah seorang yang tidak betah duduk di rumah walaupun berhadapan masalah sakit lutut.

“Kami tinggal serumah dan petang kejadian dia bertanya kepada saya tempat orang menebang pokok kelapa sawit kerana mahu mengambil daunnya dibuat penyapu lidi.

“Namun tidak menyangka boleh hilang seolah-olah ada sesuatu yang menghalangnya untuk keluar daripada kawasan kebun itu,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Sadiah turut melahirkan rasa risau kerana waktu ibunya keluar, wanita warga emas itu tidak menjamah sebarang makanan dan hari ini sudah hampir empat hari tidak pulang ke rumah.

Katanya, ibunya ketika keluar mengenakan baju berwarna hitam bergaris putih, seluar biru gelap selain hanya memakai anak tudung sahaja.

“Saya amat berharap ibu dapat ditemui semula dalam apa juga keadaan walaupun ada pihak mengatakan yang dia ‘disorok’ ke alam lain.

Beberapa video yang dirakamkan dalam usaha mencari dan menyelamat turut menjadi tular apabila anak lelaki yang dikatakan dapat ‘melihat’ ibunya cuba menarik ibunya untuk diselamatkan dan ‘keluar’ dari alam tersebut.

Memetik laporan Harian metro, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui petunjuk baharu membabitkan warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Parit Sayang di Senggarang Batu Pahat sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pasukan operasi SAR menemui kesan sisa daun kelapa sawit yang dicarik-carik kira-kira 800 meter daripada kawasan mangsa dilaporkan hilang.

“Dipercayai kesan daun berkenaan adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh mangsa untuk mengambil lidi sebelum dijadikan penyapu.

“Khidmat bantuan unit pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut digunakan, selain bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta penduduk setempat,” katanya.

Sumber: DrPuad Zarkashi, Rojak Video

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Polis Sahkan Tiada Unsur Gangsterisme Dalam Kes ‘Buli’ MRSM Kuantan

Murid Tahun 6 Maut Dipanah Petir Ketika Guna Telefon Bimbit