Siaran Astro Masih Bermasalah, Sesetengah Saluran Belum Dapat Disiarkan

blank

ASTRO PROBLEM: MASALAH PENYIARAN ASTRO MASIH BELUM DAPAT DIATASI SEPENUHNYA

Pengguna Astro di seluruh Malaysia telah mengalami masalah siaran sejak semalam disebabkan gangguan satelit, seperti yang dimaklumkan oleh pihak pengurusan Astro.

Namun nampaknya masalah ini masih berlarutan dan ramai pengguna masih belum dapat menonton siaran di Astro seperti biasa.

Terkini, pihak Astro telah memaklumkan bahawa mereka memerlukan lebih masa untuk memulihkan kesemua saluran dan signal satelit hari ini.

Pihak Astro turut memohon maaf atas masalah ini dan mengesyorkan pelanggan untuk menonton melalui Astro Go.

Berikut dikongsikan kenyataan penuh oleh pihak Astro yang melalui hantaran di Facebook sekitar jam 9.00 pagi, 22 Jun 2021:

Update: Astro has been informed by our satellite provider that they require more time to fully rectify the satellite signal and channels. In the meantime, customers can stream their favourite shows on Astro GO. We apologise to our customers affected for the inconvenience.

blank

Semalam, pihak Astro memaklumkan bahawa masalah ini sudah hampir diselesaikan dan pengguna perlu mematikan dan menghidupkan semula Astro Box untuk mengakses siaran yang tergendala.

Namun, rata-rata pengguna melahirkan rasa tidak senang kerana masalah ini masih berlarutan sejak semalam.

Difahamkan pengguna Astro masih tidak dapat menonton sebahagian saluran seperti Animax, TV3 tetapi masih ada saluran yang dapat ditonton.

Sebaliknya bagi pengguna Astro Njoi pula dikatakan mengalami masalah gangguan bagi kebanyakan siaran-siaran utama seperti TV1, TV2, TV3, nTV7 dan sebagainya.

Kenyataan pihak Astro semalam (20 Jun 2021):

blank

Berkaitan: Astro Mengalami Masalah Siaran. Ini Kenyataan Rasmi Astro Mengenai Punca Masalah

Yang pasti, pihak Astro sedang berusaha memperbaiki masalah ini dengan cara yang terbaik untuk para pelanggan mereka.

Diharap semua pengguna dapat bersabar ya! Adakah Astro anda pun masih ‘problem’ juga?

*Sumber: Astro