Astro Mengalami Masalah Siaran. Ini Kenyataan Rasmi Astro Mengenai Punca Masalah
Pasti ramai pengguna Astro hari ni mengalami masalah teknikal dan tidak dapat mengakses siaran bukan? Perkara ini diumumkan sendiri oleh pihak Astro sendiri di mana di pihak mereka terdapat masalah teknikal.
Untuk saluran yang terkesan, Astro memaparkan mesej “Service currently not available (SCNA)” seperti di dalam gambar yang kami kongsikan di bawah ini. Masalah ini juga terkesan kepada pelanggan Njoi.
Sebagai alternatif, Astro memaparkan mesej pada kaca televisyen meminta pengguna menonton ia secara atas-talian melalui aplikasi Astro Go buat sementara waktu.
Lanjutan daripada itu, Astro telah mengumumkan punca yang menyebabkan masalah terbabit adalah disebabkan oleh penyedia perkhidmatan satelit yang mengalami gangguan.
Pihat Astro masih lagi dalam proses memperbaiki masalah ini dan sejumlah saluran telah boleh diakses. Mereka sedang bergiat dalam mengaktifkan saluran yang lain pula. Astro meminta maaf atas masalah ini.
Update: Siaran Astro Masih Bermasalah, Sesetengah Saluran Belum Dapat Disiarkan – 22 Jun
Sumber: Astro