Senarai Pemenang AJL 35 (Keputusan Anugerah Juara Lagu 35)

senarai pemenang ajl 35

KEPUTUSAN / SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH JUALA LAGU (AJL 35)

Anugerah Juara Lagu 35 yang telah berlangsung dengan meriah pada jam 9 malam, 14 Mac dalam norma baharu selepas ditunda lebih sebulan demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Januari lalu.

Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Haziq Hussni telah menggalas tugas selaku pengacara.

Penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) terbitan TV3 boleh dijadikan sebagai rujukan bagi penganjuran acara hiburan secara siaran langsung dengan pembudayaan norma baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, pada masa akan datang.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Mohammad Mentek, berkata program hiburan itu menjadi contoh bagi penganjuran acara secara langsung dalam keadaan negara sedang berusaha mengawal wabak COVID-19 khususnya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, bagi AJL35 yang akan berlangsung malam ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKMM menetapkan SOP lebih ketat bagi mengelak berlaku penularan COVID-19.

Rancangan tersebut ditayangkan siaran langsung AJL35 di TV3 dan melalui strim di saluran YouTube TV3Malaysia.

Berikut disenaraikan finalis AJL35 dan pemenangnya.

Senarai Finalis AJL 35

Berikut adalah senarai finalis AJL 35 (tidak mengikut turutan persembahan):

1. Hutang – Floor 88
Komposer: Zai Hamzah
Lirik: Achoi Floor 88

2. Peluang Kedua – Nabila Razali
Komposer & Lirik: Hael Husaini & MFMF

3. Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah
Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

4. Aku Bidadari Syurgamu – Aishah
Komposer: Ippo Hafiz
Lirik: Siti Rosmizah

5. Hati – Hael Husaini
Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

6. 7 Nasihat – Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Komposer & Lirik: Kmy Kmo & Luca Sickta

7. Semalam – Aina Abdul
Komposer & Lirik: Aina Abdul

8. Gundah – Ernie Zakri
Komposer & Lirik: Ernie Zakri & Sharon Paul

9. Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter
Komposer & Lirik: Dark

10. Kau Sakiti – Amir Masdi
Komposer & Lirik: Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage

11. Gila – Kaka Azraff, Noki & Loca B
Komposer & Lirik: Noki, Loca B & Ezra Kong

12. EH – Zizi Kirana
Komposer: Navigator & Zizi Kirana
Lirik: Mambang & Zizi Kirana

keputusan ajl 35
SENARAI FINALIS ANUGERAH JUALA LAGU (AJL 35)

Baca juga: Promosi Tealive RM2.60 Dengan ShopeePay (Dari 10 Mac – 30 April 2021)

Senarai Pemenang

KEPUTUSAN / SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH JUALA LAGU (AJL 35)


Juara AJL35 (RM50k) :
Kaka Azraff – Gila
Pencipta : Noki, Loca B & Ezra Kong

Naib Johan (RM35k) :
Aina Abdul – Semalam
Pencipta : Aina Abdul

Tempat Ketiga (RM20k) :
Jamal Abdillah & Wany Hasrita – Belenggu Rindu
Pencipta : Hael Husaini & Ezra Kong

Vokal Terbaik (RM12k) :
Ernie Zakri

Persembahan Terbaik (RM12k) :
Zizi Kirana

Yang tak sempat tengok LIVE semalam, boleh tengok siaran ulangan AJL35 di sini:

Baca juga: Vaksin Untuk Warga Emas Mulai April. Ini Cara Daftar Tanpa MySejahtera