Kanak-Kanak Bermain Inai Celup, Habis Penuh Satu Muka. Mengundang Reaksi Netizen!
Daripada perkongsian di laman Tik Tok, seorang ibu yang dikenali sebagai Siti Norehan menceritakan detik-detik cemas apabila melihat wajah anaknya yang berlumuran dengan pewarna inai. Menerusi video pendek itu, kanak-kanak perempuan itu hanya mendiamkan diri dan sama sekali tidak menangis.
Jelas Siti Norehan, dia pada mulanya turut terkejut melihat keadaan rupa anaknya ketika itu yang penuh dengan inai celup milik kakaknya. Lebih memeningkan lagi, apabila warna inai tersebut sama sekali tidak tertanggal walaupun anaknya sudah dimandikan.
Terkejut beruk umi hang tengok mai laguni. Main inai celup kakak dia lepas mandi pun tak hilang ni nak oi.
@sitinorehan92 Terkejut beruk umi hang tgk mai laguni😩main inai celup kakak dia..lepas mandi pn x hilang ni nak oii😭💆🏻♀️
♬ Oh No Oh No Oh No No No – Dubskie
Sumber: Tik Tok Siti Norehan