7 Lelaki Mengaku Salah Terbalikkan MyVi, Video Dashcam Viral
JOHOR BAHRU, 7 November- Tujuh lelaki termasuk empat penghantar makanan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan melakukan khianat dengan merosakkan dan terbalikkan sebuah kereta Myvi, Khamis minggu lalu.
Pengakuan dibuat di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.
Tertuduh, Muhammad Adam Abd Rahim, 18 tahun, Mohamad Hairul Hasraf Seeni Abdul Cader, 22 tahun, Morrisson Malvin Anak Mada, 19 tahun, Shaikh Al Amin Idrus, 21 tahun, Nur Khairul Amal Abdul Harsir, 19 tahun, Daniel Haziq Syikhanna, 21 tahun dan Romie Rahimi, 41 tahun didakwa melakukan khianat dengan merosakkan semua cermin dan pintu kereta milik Tan Jing Hui pada tarikh tersebut.
Kejadian mengakibatkan kerugian kira-kira RM15,000
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di persimpangan stesen minyak Kota Masai 2, Jalan Nenas, Taman Kota Masai, Johor Bahru.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain syarat tidak boleh mengganggu saksi dan mangsa, serta melapor diri di balai polis berhampiran.
Tarikh sebutan semula kes pada 18 Disember depan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie.
Video Viral Kes Terbalikkan MyVi
Dalam beberapa buah video yang viral di media sosial, menunjukkan bagaimana beberapa orang telah merusuh kerana tidak berpuas hati dengan pemandu kereta Myvi tersebut.
Walaubagaimanapun, pemilik Myvi berkenaan kemudiannya telah memuatnaik video dashcam untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.
Dalam perkongsian di Facebook Jing Hui, kelihatan lampu trafik masih hijau ketika Myvi bergerak dan perlanggaran berlaku. Sebaliknya, penunggang motor yang telah melanggar lampu isyarat merah.
Baca perkongsian lanjut di media sosial berkaitan isu ini : https://www.facebook.com/groups/1147370999107429/posts/1504779353366590/
Baca juga: Sebak! Pemandu Ambulans Dapati Mangsa Nahas Adalah Anak Sendiri