Gadis Dipercayai Cuba Diperkosa Sebelum Dibunuh & Dibakar Di Bengkel Sekolah

Seorang gadis dipercayai cuba diperkosa sebelum dibunuh dan mayatnya dibakar di dalam kawasan sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras.

Gadis berusia 25 tahun berkenaan ditemui rentung dalam Bengkel Pertanian Kemahiran Hidup setelah Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, menerima maklumat melalui panggilan MERS 999 pada jam 6.18 petang (kelmarin).

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, mangsa bekerja sebagai penyelia kedai buku di sekolah tersebut dipercayai cuba dirogol suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Salak Selatan pergi ke lokasi kejadian dan mendapati kebakaran berjaya dipadamkan. Satu mayat dalam keadaan rentung seluruh badan dijumpai bomba.

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat,” katanya, semalam.

Muhammad Idzam berkata, berikutan kejadian itu, satu tangkapan dibuat terhadap seorang lelaki berusia 30-an di dalam kawasan sekolah itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan setakat ini suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Baca juga:

gadis diperkosa

Saksi Melihat Kepulan Asap

Menurut laporan Harian Metro hari ini, majikan kepada gadis berkenaan mendapat panggilan daripada seorang pelanggan yang sepatutnya berjumpa dengannya.

Pelanggan berkenaan menghubungi majikannya setelah mendapati gadis tersebut tidak muncul.

Setelah menghubunginya beberapa kali dan tidak menjawab panggilan, majikan itu mengarahkan anaknya untuk ke sekolah untuk memeriksa sama ada mangsa berada di sekolah.

“Ketika anak saya tiba di sekolah itu, pintu utama sekolah sudah ditutup. Tiada pengawal keselamatan di sana namun saya meminta anak untuk memanjat pagar sekolah selepas memaklumkannya kepada pengetua sekolah,” katanya, semalam.

Dia memaklumkan, anaknya kemudian ternampak kereta mangsa diletakkan di pekarangan sekolah.

“Anak saya kemudian terlihat kepulan asap keluar dari salah satu bilik di bangunan sekolah itu.

“Anak saya terus menghubungi saya. Sebaik mengetahuinya, saya segera menghubungi bomba sebelum bergegas ke lokasi.

“Namun sebaik tiba, pihak bomba dan polis sudah berada di sana dan memaklumkan terjumpa mayat dalam bilik itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: