Cepat Letih & Semput Lepas Kena Covid, Dr Kongsi Teknik Pernafasan ‘Deep Breathing’
PUNCA CEPAT LETIH & SEMPUT LEPAS DIJANGKITI COVID 19
Adakah anda salah seorang yang mudah letih, sering mengah dan semput selepas dijangkiti Covid-19?
Menurut Dr Hadi Othman, ini adalah salah satu kesan akibat ‘scarring’ luka daripada virus Covid.
Bekas pesakit Covid-19 boleh mengalami sindrom post Covid @ Long Covid, di mana gejala berlaku bagi tempoh lebih 12 minggu.
Menurut kajian klinikal oleh KKM, 66% dariapda pesakit mengalami sindrom Post Covid ini, dan antara simptom yang kerap dialami adalah:
- Kelesuan
- Batuk
- Kesukaran bernafas
- Sukar tidur malam / kegelisahan
CARA ATASI MASALAH CEPAT LETIH, SERING MENGAH DAN SEMPUT LEPAS DIJANGKITI COVID
Menurut perkongsian di TikTok Dr Hadi Othman, kesan cepat letih lepas covid atau gejala sering semput akibat post Covid ini boleh sembuh dengan mengamalkan teknik pernafasan yang betul atau Deep Breathing Exercise.
Berikut dikongsikan cara untuk anda melakukan teknik pernafasan tersebut:
Sumber: TikTok DrHadiOthman
Berkaitan:
- PAXLOVID: Ubat Antiviral Merawat Jangkitan COVID-19
- Penambahbaikan Cuti Kuarantin Covid-19 Untuk Menjaga Anak (JPA)
- Masih Positif Covid Selepas Kuarantin 7 Hari, Ini Penjelasan Doktor
- Masih Rasa Tak Sihat Lepas Berbulan-bulan Dijangkiti, Ini Simptom ‘Long Covid’ Kena Alert
Gejala & Simptom Lain Bagi Pesakit Covid (Kesan Post Covid Syndrome)
Terdapat banyak gejala yang boleh anda alami selepas jangkitan COVID19.
Long covid ini adalah keadaan di mana seseorang tu merasakan simptom simptom seperti di bawah ini selepas 4 minggu dan ke atas menjadi positif Covid-19.
Menurut Dr Erna Nadia, antara gejalanya termasuklah:
- Kelesuan/keletihan
- Batuk
- Sakit kepala
- Brain fog atau sukar tumpukan perhatian
- Mudah sesak nafas
- Perlukan effort yang lebih untuk melakukan senaman
- Sakit dada
- Jantung menjadi laju/ berdebar debar
- Sakit sendi
- Sakit perut
- Cirit birit
- Mudah demam
- Mudah tumbuh ruam/gegata
- Perubahan mood
- Hilang deria bau/rasa
- Perubahan pada kitaran haid
- Mudah berasa sakit
Jika anda mengalami gejala teruk dan berpanjangan selepas jangkitan COVID19, dinasihatkan untuk pergi ke klinik atau hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.
Maka, dinasihatkan agar masyarakat untuk kekal menjaga SOP setiap masa.