Masih Rasa Tak Sihat Lepas Berbulan-bulan Dijangkiti, Ini Simptom ‘Long Covid’ Kena Alert
Simptom Long Covid: Kesan Jangka Panjang Pesakit Covid19
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kes COVID19 yang drastik amatlah membimbangkan. Penularan kes sporadik di dalam komuniti turut meningkat.
Jangkitan COVID boleh memberikan implikasi serta kesan buruk kepada kualiti kehidupan anda.
Bekas pesakit COVID19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu atau lebih selepas sembuh.
Keadaan ini digelar sebagai Long Covid atau Post Covid Syndrome, di mana berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.
Gejala ini menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit COVID19 dan ianya boleh dihadapi oleh bekas pesakit COVID19 bergejala ringan mahupun bergejala serius.
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang gejala Long Covid yang patut anda peka, terutamanya jika anda pernah dijangkiti Covid19.
Apakah Long Covid?
Long COVID ataupun Post Covid Syndrome merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID19 masih mempunyai simptom yang berpanjangan akibat jangkitan COVID19.
Menurut rujukan antarabangsa, NHS menyatakan pesakit yang telah mendapat jangkitan COVID19 berkemungkinan untuk kekal mempunyai beberapa simptom dalam tempoh 12 minggu atau lebih.
Walaupun pesakit telah sembuh dari jangkitan COVID19, namun pesakit berkemungkinan mengalami simptom yang berpanjangan seperti sakit badan serta lesu.
Malah, ada juga pesakit yang berasa lemah ingatan dan kurang daya tumpu. Ada juga pesakit yang masih mengalami kesukaran bernafas serta tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum mendapat jangkitan COVID19.
Baca juga: Maksud Kontak Rapat, Tempoh Kuarantin Terkini & Cara Isytihar Di MySejahtera
Gejala & Simptom
Terdapat banyak gejala yang boleh anda alami selepas jangkitan COVID19.
Long covid ini adalah keadaan di mana seseorang tu merasakan simptom simptom seperti di bawah ini selepas 4 minggu dan ke atas menjadi positif Covid-19.
Menurut Dr Erna Nadia, antara gejalanya termasuklah:
- Kelesuan/keletihan
- Batuk
- Sakit kepala
- Brain fog atau sukar tumpukan perhatian
- Mudah sesak nafas
- Perlukan effort yang lebih untuk melakukan senaman
- Sakit dada
- Jantung menjadi laju/ berdebar debar
- Sakit sendi
- Sakit perut
- Cirit birit
- Mudah demam
- Mudah tumbuh ruam/gegata
- Perubahan mood
- Hilang deria bau/rasa
- Perubahan pada kitaran haid
- Mudah berasa sakit
Siapakah Yang Boleh Mengalami Simptom Long Covid Ini?
Buat masa ini, data menunjukkan bahawa kebanyakan pesakit yang mengalami gejala Post Covid Syndrome ini adalah berusia dari 35-69 tahun.
Menurut CPRC Perkhidmatan Hospital KKM, kebarangkalian mengalami simptom jangka panjang tidak dikaitkan dengan tahap kesakitan seseorang ketika pertama kali mendapat jangkitan.
Malah, seseorang yang mempunyai simptom ringan pada mulanya juga masih boleh mengalami masalah jangka panjang.
Apa Yang Perlu Dilakukan?
Jika anda mengalami gejala selepas jangkitan COVID19, dinasihatkan untuk pergi ke klinik atau hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.
Maka, dinasihatkan agar masyarakat untuk kekal berada di rumah melainkan ada keperluan mendesak.
Kajian Masih Dijalankan
Masih banyak yang tidak diketahui tentang cara COVID19 akan menjejaskan kualiti kehidupan manusia, dan buat masa ini pelbagai penyelidikan masih sedang dijalankan. Penyelidik mengesyorkan agar doktor memantau dengan teliti orang yang telah menghidap COVID19 untuk melihat bagaimana organ mereka berfungsi selepas pemulihan.
Penting untuk diingat bahawa kebanyakan orang yang dijangkiti COVID19 dapat pulih dengan cepat, tetapi masalah yang berpotensi berpanjangan daripada COVID-19 menjadikannya lebih penting untuk mengurangkan penyebaran COVID-19 dengan mengikuti langkah berjaga-jaga.
Langkah Pencegahan
Amalkan 3 W iaitu kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer, memakai pelitup muka yang disarankan dan mengamalkan penjarakan fizikal. Elakkan sembang dekat, elakkan pergi ke tempat yang sesak dan sempit.
Daftar segera bagi mendapatkan vaksinasi COVID19 dan pastikan anda hadir mengikut temujanji yang ditetapkan. Pembentukan imuniti kelompok adalah sangat penting bagi melindungi diri kita sendiri, keluarga juga negara.
Andalah frontliners negara.
Jika anda masih belum dijangkiti, subalah seboleh mungkin untuk mengelakkan daripada mendapatkan jangkitan COVID19.
Prevention is better than cure.
Patuhi segala SOP dan amalkan Perintah Kawalan Pergerakan Kendiri.
Pengambilan vaksin, amal 3W dan elak 3S, pengudaran yang baik serta pematuhan SOP, mampu mengurangkan risiko jangkitan COVID19.
Pelbagai inisiatif telah dijalankan agar pelbagai lapisan masyarat sedar akan kepentingan mengelakkan jangkitan COVID19.
Sesungguhnya mencegah lebih baik dari merawat.
Kita sebagai rakyat Malaysia harus memikul tanggungjawab ini untuk memutuskan rantaian COVID-19.
MENCEGAH COVID-19 LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.
*Rujukan: CPRC Perkhidmatan Hospital, Program Perubatan , NHS, MayoClinic