Cara Mudah Bersihkan Sisa Makanan Celah Gigi, Guna Water Floss Je

Jangan ambil mudah tentang kebersihan mulut anda. Tanpa kita sedar, plak dicelah gigi yang terkumpul boleh mengakibatkan kancing gigi tau. Keadaan ini sangat merbahaya. Sebab itu lah mulut kita boleh berbau juga.

Berus gigi sahaja memang tidak menjamin gigi anda akan bersih dan sihat. Perlu ada alternatif lain juga bagi menguatkan lagi gigi . Salah satu caranya adalah dengan menggunakan water floss. Water floss bertindak membersihkan sisa makanan yang melekat di gigi kita.

Baca juga:7 Kebaikan Air Halia Yang Ramai Tak Tahu, Boleh Tingkatkan Imuniti

Apa Itu Water Floss?

Water Floss, merupakan alat pembersihan kesihatan mulut yang menggunakan jet air untuk menghilangkan plak, sisa makanan, dan bakteria dari antara gigi dan garis gusi.

Flossing adalah bahagian penting dalam rutin kebersihan mulut. Walaupun memberus dapat mengeluarkan plak dan sisa makanan dari sebahagian besar permukaan gigi, floss dapat masuk ke tempat yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi.

Cara Guna Water Floss

https://www.tiktok.com/@drhalimnasar/video/7005515413551369499?referer_url=https%3A%2F%2Fwanista.com%2F&referer_video_id=7005515413551369499&refer=embed

Pasti ada yang baru tahu tentang kewujudan water floss ini kan? Jika anda berniat untuk mencuba tapi tidak tahu menggunakan, Dr Hali telah berkongsi sebuah video menunjukkan cara menggunakan waterfloss dengan betul di TikTok.

Menurut doktor muda ini, anda tidak perlu menembak jauh kerana ini akan memberi tekanan dan sakit, jadi letakkan betul-betul di antara gusi dan celah gigi untuk menghilangkan plak-plak gigi yang terkumpul

Kerana tekanan kuat pada water floss, jadi ia mampu membersihkan gigi. Tapi anda tetap kena berus gigi seperti biasa.

Selain water floss, anda juga boleh menggunakan cara tradisional iatu menggunakan benang lidi. Apa yang penting, kena jaga kebersihan mulut ya.

Nak cari water floss dengan harga berpatutan atau nak tahu macam mana rupa water floss? lihat DI SINI

Sumber: TikTok @drhalimnasar

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: