Trik Putihkan Gigi Guna Hydrogen Peroxide Kini Viral, Selamat Ke?

Bila buka sahaja aplikasi TikTok, pasti pelbagai jenis tips dan pandangan yang dikongsi oleh orang ramai melalui video. Tidak dinafikan setiap kali buka aplikasi ini, penulis pun terleka melihat perkongsian-perkongsian yang disajikan warganet.

Antara salah satu konten yang menarik perhatian baru-baru ini di TikTok adalah seorang gadis berkongsi cara untuk memutihkan gigi dengan segera dan mudah.

Mula-mula melihat video ini penulis rasa teruja tetapi lama-kelamaan baru perasan bahawa gadis tersebut menggunakan hydrogen peroxide atau dikenali sebagai peluntur untuk memutihkan gigi.

Pakai peluntur untuk putihkan gigi? Selamat ke?

Baca juga: 5 Petua Rawatan Pertumbuhan Gigi Bongsu Yang Memeritkan!

Gadis Viral Kerana Guna Hydrogen Peroxide

Menerusi perkongsian pengguna Tiktok yang bernama @gracegeyer ini, dia telah berkongsi cara segera untuk memutihkan gigi. Ikuti perkongsiannya menerusi video di bawah:

Menurut gadis ini, dia hanya berkumur dengan hydrogen peroxide seketika sebelum memuntahkan semula cecair tersebut. Hasilnya gigi gadis tersebut menjadi putih seperti baru sahaja mendapatkan rawatan di klinik gigi.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok mahu mencuba trik ini. Dan ada juga yang pernah lakukannya.

“Saya akan cuba trik ini dan akan beritahu kamu hasilnya”

“Saya telah gunakan hydrogen peroxide untuk putihkan gigi selama bertahun-tahun dan ianya berkesan”

“Ia adalah toksik tetapi okay”

“Ibu saya minta saya untuk berus gigi dengan hydrogen peroxide setiap malam”

Malah ada juga yang mengatakan hydrogen peroxide perlu dicampurkan dengan air terlebih dahulu. Ada juga yang meminta gadis ini untuk berhenti melakukan trik ini.

“Jangan terus gunakannya! Anda perlu campurkannya dengan air kerana ia terlalu kuat dan boleh membakar tisu gusi!”

“Jangan gunakan ini! Anda seharusnya mencampurkannya dengan air terlebih dahulu.”

“Lebih baik jika anda mencampurkannya dengan air”

“Pertama, ia tidak berfungsi secepat itu. Tetapi ia berfungsi dari masa ke masa. Kedua, anda perlu melakukan setengah air setengah hydrogen peroxide. Terus gunakan hydrogen peroxide boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan.”

Tak bahaya ke trik ni?

Dipetik menerusi portal OK!, doktor gigi iaitu Dr. Krystyna Wilczynski menjelaskan bahawa trik yang menggunakan hydrogen peroxide sebagai bahan pemutih gigi adalah berbahaya.

“Ramai yang menggunakannya sebagai ubat kumur atau secara terus pada gigi untuk putihkannya. Ia tidak selamat kerana peratusan maksimum yang dibenarkan hanyalah 16% dan ianya dalam bentuk gel sahaja.”

Menggunakan hydrogen peroxide tanpa pengawasan pihak profesional boleh menyebabkan beberapa kerosakan dan bahaya. Antaranya adalah;

  • kerengsaan pada gusi
  • kemerosotan gusi
  • gigi menjadi sensitif
  • kehilangan gigi
  • kerosakkan enamel

Tambahnya lagi untuk memutihkan gigi dengan selamat dan berkesan, individu berkenaan perlu mendapatkan rawatan daripada klinik berdaftar dan pakar profesional.

Jangan guna cara sembarangan untuk putihkan gigi ya? Sebaiknya dapatkan nnasihat pakar dan doktor gigi terlebih dahulu. Jangan menyesal bila tindakan anda ni mendatangkan kemudaratan satu hari nanti!

Baca juga: Doktor Ini Jelaskan Risiko Guna Spray Gun, Boleh Memudaratkan Kulit Dan Mata

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: