Kenapa RTK Kejap Negatif, Kejap Positif? Rupanya Ini Tempoh Terbaik Buat Ujian

“Eh, semalam dah buat ujian RTK tu negatif, agaknya hari ni kena buat test lagi tak?”

“Kenapa mula-mula check negatif tiba tiba 3-4 hari lepas tu naik positif pulak. Covid test ni scam ka apa?”

“Kenapa ada kawan saya buat test RTK negatif, bila swab positif?”

“Betul ke kena tunggu 3-5 hari baru boleh check Covid19?”

Inilah antara persoalan yang selalu bermain di fikiran apabila kita disyaki menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Bagaimana sebenarnya Covid-19 ini boleh dikesan dengan tepat, apakah kaedah dan bilakah waktu terbaik untuk mengesannya?

Berikut dikongsikan penerangan oleh Dr Erna Nadia dan Dr Arisman, MD.

Bagaimana Virus Covid-19 Dikesan?

Menurut Dr Erna Nadia, Covid-19 ini adalah disebabkan oleh virus bernama SARS-COV-2, dari kumpulan Coronavirus.

Virus ni kalau kita nak ukur tahap keseriusan dia adalah dengan tengok viral load dia.

Makin tinggi viral load dia, maknanya makin tinggi lah bilangan virus tu dalam badan, makin tinggilah tahap jangkitan dan makin seriuslah dia.

Jadi, kalau tengok pada gambar rajah di bawah ni, untuk virus Covid19 ni, dia punya viral load dalam badan biasanya paling tinggi masa hari ke 3-5 lepas dia dah masuk dalam badan kita.

Sebab tu kebanyakkannya akan mula alami simptom semasa hari 3-5 ini.

Dan sebab tu seeloknya kita buat saliva atau swab test masa 3-5 hari lepas dah mula ada simptom sebab masa tu lah viral load dalam badan tinggi.

Tambah beliau lagi, kalau ada yang pergi check lepas dapat tahu kontak rapat dengan orang positif, tapi tak ada simptom pun, result boleh jadi negatif.

Kenapa? Ada 3 sebab.

  1. Ujian dibuat terlalu awal
  2. Mungkin tak terjangkit pun
  3. Mungkin virus baru nak jadi.

Jadi, Bila Perlu Buat Ujian RTK Covid-19?

Bila waktu sesuai nak buat self testing atau ujian calitan hidung/air liur sendiri di rumah?

Banyak garis panduan dari KKM keluarkan. Bila anda ke klinik pun masih ada perbezaan dari arahan para doktor kepada anda bila seharusnya kena buat swab.

Menurut Dr Arisman, beliau sendiri menyarankan anda untuk membuat self-test kit ini pada

  1. Hari pertama gejala muncul ATAU
  2. Hari ketiga masih bergejala ATAU
  3. Hari ketiga sebagai kontak rapat. Sama ada bergejala ataupun tidak.

Walaupun KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA sendiri tidak mewajibkan misalnya kontak rapat yang tidak bergejala tidak perlu buat ujian PCR, tetapi KKM masih menyeru mereka untuk bertindak atas inisiatif sendiri.

Boleh lakukan ujian kendiri di rumah bagi melindungi warga rumah dahulu.

Jangan keluar dari rumah atau sila KUARANTIN diri dalam rumah sehingga ujian RTK atau PCR anda keluar.

Baca juga: Jangan Buat 5 Perkara Ni 1 Jam Sebelum Ujian RTK Covid-19!

Contoh Situasi

So makna kata di sini, katalah dah tau halamak member tu positif la, kita baru lepak dengan dia 2 hari lepas, macam mana ni?

Sabar dulu ya.
Kalau ada simptom, tunggu 3 hari baru check atau kalau simptom tu teruk tapi belum sampai 3-5 hari, seeloknya pergi buat PCR.

Kalau tak ada simptom, tunggu la hari ke 5 untuk periksa.

Kalau negatif, Alhamdulillah.
Kalau positif, jangan kalut, update dalam MySejahtera dan silalah kuarantin diri sendiri.

Janganlah tipu sebab Allah nampak saja apa yang kita buat dan niat.

Kalau dah habis masa kuarantin kena check balik PCR ka?
Tak perlu dah.
Kalau masih ada simptom, keep on saja pakai mask dan jaga diri baik baik.

Kes makin tinggi, sekarang ni kalau kontak rapat pun dah tak perlu isolasi.

Ini semua sebab kadar vaksin dah tinggi, jadi kadar jangkitan tu masih tinggi cuma tak teruk sangat dah dan kita pun dah kena get ready mental dan fizikal untuk hidup seperti biasa.

Tak ada siapa suka kena kurung kan?

Jadi, jaga diri masing masing elok elok.
Kita dah kenal Covid19 ni dah 3 tahun dah.

Kita dah tahu apa simptom dan variant dia dah pun kan.

Kita masih belum menang tapi kita juga InshaAllah tak akan kalah.

Sumber: Dr. Erna Nadia, Dr Arisman, MD

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: