Bantuan Pernafasan Sudah Dicabut, ‘Kami Sedang Riba Afnan Untuk Kali Terakhir’ – Azmi Saat ‘
Hampir 10 menantikan zuriat, penyanyi Azmi Saat berkongsikan khabar gembira isterinya, Nazirah Muhammad selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta pagi 27 September 2021.
Menerusi perkongsian Instagram beliau pada hari tersebut Instagram, Azmi turut meluahkan rasa syukur proses bersalin secara pembedahan itu dipermudahkan, apatah lagi setelah hampir 10 tahun menunggu kehadiran cahaya mata.
Azmi yang juga vokalis kumpulan Caliph Buskers dan Nazira sebelum ini berumah tangga pada 2011.
Namun, diberitakan bahawa bayi yang baru berusia 3 hari yang diberi nama Afnan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat mengalami masalah penyakit kronik.
Perkara ini dimaklumkan oleh beliau melalui Instagram.
Dalam perkongsian terkini, Azmi Saat memuatnaik status di Instagram seperti berikut:
Sebelum ini beliau memuat naik status berikut di Instagram:
“Bantuan pernafasan sudah dicabut. Kami sedang riba Afnan buat beberapa minit sampai nafas terakhirnya.” – Azmi Saat
Di Facebook Azmi Saat pula, beliau memaklumkan perkara berikut tentang keadaan kesihatan bayi pada awal pagi tadi:
Mohon tolong doakan Afnan.
Afnan tak sihat. Kami sedang diuji.
Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami.
Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami.
Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami.
Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya.
Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami.
Apa pun yang berlaku, kami redha dengan ketentuan takdirNya.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1442424656139785&id=100011167923782
Semoga Azmi sekeluarga kuat hadapi ujian berat ini. Ayuh kita sama-sama doakan buat beliau dan isteri!
Baca juga: Pfizer Membangunkan Pil Untuk Merawat Pesakit Covid