Pfizer Membangunkan Pil Untuk Merawat Pesakit Covid
Sudah hampir 2 tahun wabak Covid-19 melanda dunia dan masih lagi belum menampakkan ianya akan reda.
Bermula dengan SOP dan perintah berkurung untuk mengekang penularan wabak ini, vaksin pula diperkenalkan. Daripada keperluan suntikan 2 dos sahaja, khabarnya pula bakal menjadi tiga dos.
Terbaharu, syarikat Pfizer sedang membangunkan pil yang untuk melawan Covid-19 untuk pesakit diperingkat awal.
Ianya dikatakan sedang memulakan ujian fasa akhir ke atas pil terbabit yang bakal diberikan kepada pesakit Covid.
Pil tersebut dibangunkan daripada sejenis penghalang protese (protese inhibitor) yang bertujuan untuk menghalang wabak daripada merebak dan membiak sekali gus mendatangkan kesan buruk pada tubuh pesakit di peringkat awal jangkitan.
Selain itu, pil ini diharap dapat menjadi alternatif kepada individu yang tidak boleh mendapatkan suntikan vaksin akibat masalah kesihatan dan kepada mereka yang masih dijangkiti selepas menerima vaksin akibat antibodi yang menurun.
Selain Pfizer, pil untuk pesakit Covid juga dibangunkan oleh firma Enanta Pharmaceuticals, Pardes Biosciences, Shionogi & Co Ltd, Novartis AG dan Merck.
Pfizer dan Merck, serta rakan kongsi Atea Pharmaceuticals (AVIR.O) dan Roche AG (ROG.S) menyatakan bahawa mereka bakal meminta kelulusan kecemasan untuk pil antivirus Covid-19 mereka tahun ini.