in

Doktor Ini Jelaskan Kenapa Pesakit Covid 19 Perlu Ditidurkan

ADVERTISEMENT

BUKAN SAJA-SAJA, INI SEBAB-SEBAB KENAPA PESAKIT COVID-19 PERLU DITIDURKAN

Dalam keadaan virus Covid-19 yang masih lagi mengganas, sudah pasti perkataan ditidurkan menjadi satu terma yang sangat ngeri dan takut didengari oleh sesiapa sahaja.

Masakan tidak, perasaan bercampur-baur wujud jika seseorang itu tidak berkesempatan mengecapi nikmat untuk kembali membuka mata semula.

ADVERTISEMENT

Selain itu, ada juga seboleh-bolehnya berdoa agar mereka tidak ditidurkan terutamanya pesakit yang sudah mempunyai pengalaman ahli keluarga yang sudah dijemput oleh Pencipta.

Barangkali, trauma sudah menyelubungi diri masing-masing.

Berkisar mengenai proses rawatan itu, baru-baru ini Pegawai Perubatan, Jabatan Pembedahan, Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, Pahang, Dr Fahkrul Radzi Ahmad Zubir atau lebih dikenali sebagai Dr Fradzi telah berkongsi pendapatnya di Facebook menerusi sebuah video yang dimuat naik olehnya.

Baca juga: Selain Untuk Cantik, Rupanya Bayam Brazil Banyak Manfaat Kesihatan!

Kenapa Pesakit Covid Perlu Ditidurkan?

Beliau bukan sahaja menerangkan maksud ditidurkan, malah menjelaskan mengapa ia dilakukan oleh para doktor sebagai langkah terakhir bagi menyelamatkan nyawa pesakit.

Kata Dr Fradzi, proses ditidurkan sebenarnya sudah dipraktikkan sebelum adanya wabak Covid-19 lagi.

Ia telahpun dilakukan hampir setiap hari oleh doktor perubatan yang berdepan dengan pembedahan agar pesakit tidak berasa sakit.

“Tidurkan bermaksud satu keadaan apabila anda memerlukan oksigen yang sangat kuat.

“Terdapat dua komponen dalam proses ditidurkan iaitu sedation (diberikan bius) dan intubation (tiub dimasukkan ke dalam paru-paru,” terangnya.

Jadi, kata beliau lagi, apabila bercakap mengenai intubation, ia selalunya akan dikaitkan antara ‘hidup dan mati’.

“Apabila anda ‘diintubatekan’, itu bererti anda perlu ditidurkan dengan sedation. Ini dilakukan untuk mengelak badan berasa sakit semasa proses memasukkan tiub ke dalam tekak.

Kredit foto: Sinarplus

Dalam pada itu, Dr Fradzi juga memberitahu paras normal oksigen seseorang mestilah berada pada tahap 95 peratus dan ke atas.

“Dalam keadaan susah untuk bernafas, sudah pasti bacaan akan menurun ke paras bawah 95 peratus dan pada waktu itulah oksigen tambahan diperlukan untuk membantu pesakit bernafas tanpa tercungap-cungap,” jelas beliau.

Namun, doktor terangnya, akan cuba menambah oksigen mengikut beberapa peringkat dan proses.

Kenapa pesakit covid ditidurkan

Oleh itu, tegas Dr Fradzi, ia (menidurkan pesakit) bukan pilihan, tetapi keputusan yang dibuat antara hidup dan mati kerana ketika itu ‘nyawa sudah berasa pada anak tekak sahaja.

Pun demikian, ada juga yang menyatakan proses ditidurkan bermaksud penamat kepada riwayat. Apakah benar?

Akuinya, memang sudah kerap kali kita dengar pesakit yang tidurkan, kemudian gagal untuk bangun semula.

“Ada dua kemungkinan untuk pesakit selepas ditidurkan sama ada akan kembali bangun dan sembuh atau tidak dapat diselamatkan nyawa mereka.

Kenapa pesakit covid ditidurkan

Pada hujung videonya, Dr Fradzi sempat menitipkan tiga perkara penting untuk pesakit yang ditidurkan iaitu:
i) Doa daripada ahli keluarga.
ii) Semangat pesakit itu sendiri.
iii) Sistem imun badan pesakit untuk bertindak dengan ubat-ubat yang diberikan.

“Saya doakan kepada mereka yang sedang berhadapan dengan situasi ini agar dipermudahkan semua urusan dan pesakit dapat kembali sembuh dan sihat semula,” akhirinya.

Sumber: Facebook Dr. Fradzi

Written by aisyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara claim perkeso covid

Pekerja Positif COVID Boleh Claim PERKESO. Ini Syarat & Cara Tuntutan

Resepi Sup Ayam Ala Thai. Pedas, Masin, Masam Dalam Satu Rasa!