in ,

Intel Akan Melancarkan GPU Sendiri? Ketahui Lebih Lanjut Disini

ADVERTISEMENT

Nampaknya AMD dan Nividia sudah ada pesaing yang bakal memecah dominasi dalam pasaran cip grafik(GPU). Pesaing yang dimaksudkan itu ialah pengeluar cip pemprosesan utama komputer iaitu Intel.

Intel mengumumkan akan melancarkan cip pemprosesan grafik berprestasi tinggi pertama dikenali sebagai Intel Arc.

ADVERTISEMENT

Menerusi Intel Arc ini, produk pertama yang akan dikeluarkan diberi kod nama Alchemist. Intel juga telah mengumumkan generasi seterusnya untuk cip pemprosesan grafik akan dipanggil sebagai Battlemage, Celestial dan Druid.

Intel Arc ini berasaskan teknologi mikroarkitektur Xe HPG dan menyokong super sampling, hardware-based ray tracing, mesh shading, variable rate shading berserta DirectX 12 Ultimate yang terbaharu.

Intel juga mengeluarkan satu video yang menunjukan beberapa permainan telah diuji menggunakan Intel Arch ini seperti PUBG Battlegrounds, Metro Exodus dan banyak lagi.

Cip pemprosesan grafik ini dijangka akan membuat kemunculan pada awal tahun hadapan. Oleh itu, sama-sama kita nantikan berkaitan tanda harga dan spesifikasi GPU terbaharu ini.  

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Bubur Asyura Manis Utara Style. Sedap Dan Mudah!

Amaran Hujan Lebat Di Kedah, Pulau Pinang & Perak Hingga Jumaat – Met Malaysia