Huawei Malaysia Lancar Produk Terbaru 27 Julai ini? Ketahui Lebih Lanjut Disini
Pada Awal Bulan ini ketika di Huawei Pack Summer Product Launch, Huawei menyatakan bahawa mereka akan melancarkan produk terbaharu dan diantaranya adalah tablet, jam tangan pintar dan lain-lain.
Baru-baru ini, Huawei Malaysia mengumumkan bahawa dua komputer riba iaitu Huawei MateBook D15 dan Huawei MateBook 14 serta tablet iaitu Huawei MatePad 11 akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada 27 julai ini.
Huawei MateBook D15 akan dikuasakan dengan cip dari Intel iaitu Intel Core i5 10 gen dan Intel Core i5 11 gen dan dihadirkan dengan memori sebesar 8GB RAM.
Bagi Huawei MateBook 14 pula akan dijana dengan cip dari AMD iaitu AMD Ryzen 4000H dan untuk versi Intel, ianya akan dijana dengan Intel Core i3 10 gen.
Menarik pada kali ini, Huawei MatePad 11 merupakan tablet pertama yang mempunyai skrin berkadar segera 120HZ. Ianya juga akan menggunakan sistem operasi dari Huawei sendiri iaitu HarmonyOS.
Huawei MatePad 11 dikuasakan dengan cip dari Qualcomm itu Snapdragon 865, skrin TFT LCD (IPS) berukuran 11 inci, bateri sebesar 7250mAh, kamera depan 8 megapixel dan belakang 13 megapixel.
Ianya juga disertakan dengan generasi kedua Huawei M-Pencil dan juga papan kekunci Smart Magnetic Keyboard yang baru.
Buat masa ini, Huawei Malaysia belum berkongsi dengan umum mengenai harga komputer riba dan tablet terbaru mereka. Oleh itu, sama- sama kita tunggu pelancaranya 27 julai ini.