Kerajaan Akan Umum Pakej Bantuan Terbaru Pada Isnin Atau Selasa Ini – PM

Kerajaan umum bantuan terbaru lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada Isnin (28 Jun) atau Selasa (29 Jun).

Ia dimaklumkan oleh Perdana Menteri menerusi status terkini oleh BERNAMA setelah mengumumkan bahawa PKP tidak tamat esok, sebaliknya fasa pertama akan dilanjutkan sehingga nilai ambang kurang 4,000 kes.

Sebelum ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan akan mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi terbaru berskala besar dalam masa terdekat ini.

“Saya tidak mahu mendahului kerana Perdana Menteri akan mengumumkan perkara ini,” katanya memetik laporan The Star.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengulas perkara itu pada sesi libat urus seiring Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) yang diadakan secara maya hari ini.

Khairy menjawab soalan yang dikemukan bekas Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri William Cheng berkenaan usaha membantu para peniaga yang berdepan tekanan ekonomi ketika pandemik COVID-19.

Lanjutan i-Sinar

Sementara itu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, turut memaklumkan bahawa isu moratorium dan i-Sinar telah diambil kira dan suara rakyat didengari oleh pihak Kerajaan berkaitan hal tersebut.

Oleh itu, perbincangan dengan agensi-agensi berkaitan telahpun dijalankan dan bantuan akan diumumkan meliputi 2 perkara itu.

Baca juga: Isu Moratorium & Lanjutan i-Sinar Diambil Maklum, Bantuan Akan Diumumkan Segera

Sejak negara dilanda COVID-19 dan PKP terpaksa dilaksanakan kerajaan sudah memperkenalkan 6 pakej bantuan.

Antaranya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

*Sumber: Astro Awani

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: