Keterangan Kod Tidak Lulus GKP 3.0 (RM1000) & Tarikh Rayuan

KOD ALASAN TIDAK LULUS GKP 3.0 PEMERKASA (RM1000) & CARA BUAT RAYUAN

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan pada 8 Jun 2021, semakan status kelulusan GKP 3.0 boleh dibuat mulai 8 Jun 2021 dan bayaran pula akan dikreditkan secara rasmi mulai 10 Jun 2021.

Malangnya, sesetengah peniaga yang telah membuat permohonan mendapati mereka tidak lulus GKP 3.0 dan tidak tahu apa silapnya.

Di sini kami kongsikan kembali apakah syarat permohonan yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan GKP 3.0 tempoh hari dan kod tidak lulus yang mungkin boleh menjadi rujukan untuk anda membuat rayuan nanti.

Kenapa Tidak Lulus? Ini Syarat Permohonan GKP 3.0

Mereka yang memohon GKP 3.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  4. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021; dan
  5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat. (Status permohonan yang diterima tertakluk sepenuhnya kepada data yang diterima oleh LHDN dari agensi-agensi kerajaan yang berkaitan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).)

*Kerajaan akan membuat semak silang dengan beberapa Agensi Kerajaan bagi memastikan
kesahihan maklumat yang dikemukakan pemohon.

rayuan gkp 3.0

Sila semak semula sama ada anda telah menepati syarat-syarat ini.

Jika ya, anda boleh mengemukakan rayuan berdasarkan kod tidak lulus yang telah dipaparkan pada status semakan anda.

Selain itu, difahamkan juga bahawa penerima GKP 1.0 / 2.0 sebelum ini yang tidak membuat kemaskini akaun TIDAK LAYAK menerima GKP 3.0.

Satu lagi kemungkinan tidak lulus GKP 3.0 juga mungkin berkait rapat dengan laporan kewangan syarikat yang tidak jelas.

Baca juga: Rayuan BPR: Kod Tidak Lulus & Senarai Dokumen Sokongan (Dikemaskini 2 Jun 2021)

Maksud Kod Tidak Lulus

KETERANGAN KOD TIDAK LULUS GKP 3.0

  • KOD 01 – TIDAK BEROPERASI : Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2021 pada borang
  • KOD 02 – JUALAN 0 ATAU JUALAN > 300K : Jualan adalah 0 atau melebihi RM300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
  • KOD 03 – Jualan > 300K : Jualan melebihi RM300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
  • KOD 04 – TIDAK WUJUD DI AGENSI : Pemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 28 Februari 2021
    (LHDNM, SSM atau PBT)
  • KOD 05 / 06 – PEKERJA MELEBIHI 5 ORANG : Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
  • KOD 07 – ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1 : Perniagaan melebihi satu permohonan GKP 3.0
  • KOD 09 – PERNIAGAAN YANG DIDAFTARKAN TELAH LULUS PADA PERMOHONAN GKP 1.0 / GKP 2.0

Permohonan Rayuan GKP 3.0

Tarikh permohonan rayuan setakat ini belum dimaklumkan oleh pihak LHDN atau Kementerian Kewangan Malaysia.

Namun seperti GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini, permohonan rayuan biasanya dibuka dalam masa terdekat dan akan diumumkan secara rasmi.

Jadi, jangan lupa untuk sentiasa mengikuti info terkini daripada Kementerian Kewangan dan pihak LHDN.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0 boleh hubungi HasilCare Line di
talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau Portal Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/

Rujuk FAQ GKP 3.0 melalui artikel ini: GKP 3.0: Semakan Kelayakan / Status Bayaran RM1000 & RM500

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: