in

GKP 3.0: Semakan Kelayakan, Status Bayaran RM1000 & RM500

gkp 3.0 pemerkasa plus
ADVERTISEMENT

Seperti yang dimaklumkan melalui PEMERKASA sebelum ini, kerajaan akan meneruskan bantuan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) pada tahun 2021 ini untuk membantu kelangsungan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat terkini tentang Geran Khas Prihatin 3.0 yang dimuatnaik telah dikemaskini oleh LHDN pada 4 Jun 2021 di laman web GKP.

Apakah GKP 3.0?

Geran Khas Prihatin 3.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Terkini, GKP telah dinaikkan sebanyak RM500 kepada RM1500 seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri menerusi Pemerkasa Plus.

Baca juga:

Tarikh Semakan & Bayaran GKP 3.0

Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 telah dibuka mulai 1 April 2021 hingga 15 April 2021 yang lalu.

Tarikh semakan status akan dibuka mulai 8 Jun 2021.

Bayaran akan dibuat mulai 8 Jun 2021 secara berperingkat.

Jumlah Bantuan Geran Khas Prihatin 3.0

Jumlah bantuan ialah RM1,500 secara one-off kepada PKS yang layak.

Bayaran akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:

  • Mulai 8 Jun 2021 – RM1,000
  • Julai 2021 – RM500 (tarikh akan dikemaskini oleh LHDN)

Kelayakan

Kelayakan Geran Khas Prihatin 3.0 dan nilai bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut:

  • Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 – RM1,500 *
  • Lulus permohonan baharu Geran Khas Prihatin 3.0 – RM1,500 *

Perbezaannya Dengan GKP Tambahan Permai

Mungkin ramai masih keliru apakah GKP Tambahan PERMAI dan Geran Khas Prihatin 3.0.

Berikut adalah infografik / penjelasan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul.

Gkp 3.0

Semakan Status Permohonan & Tarikh Bayaran

Semakan status permohonan baharu dan tarikh bayaran Geran Khas Prihatin 3.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my).

Langkah semakan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://gkp.hasil.gov.my
  2. Log masuk sebagai pengguna dan masukkan ID (no kad pengenalan) dan kata laluan.
  3. Status anda akan dipaparkan seperti di bawah.

Maklumat Lanjut

Nak tahu lebih lanjut tentang GKP 3.0?

Sila rujuk set Soalan Lazim di bawah ini:

Bilakah tarikh permohonan baharu bermula?

Permohonan baharu GKP 3.0 telah dibuka mulai 1 April sehingga 15 April 2021 (15 hari)

Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 8 Jun 2021 di portal rasmi (https://gkp.hasil.gov.my). Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Bilakah tarikh pembayaran GKP 3.0 akan dibuat?

Tarikh pembayaran GKP 3.0 akan buat mulai 8 Jun 2021 (RM1000) dan Julai 2021 (RM500).

Bagaimanakah kaedah bayaran GKP 3.0 dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu Geran Khas Prihatin 3.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran?

Proses pembayaran akan gagal dan bayaran akan terbatal memandangkan pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Adakah semakan kelayakan GKP 3.0 akan dibuat dengan mana-mana Agensi Kerajaan?

Ya. Kerajaan akan membuat semak silang dengan beberapa Agensi Kerajaan bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan pemohon.

Saya baru mendaftar dan menjalankan perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 28 Februari 2021), adakah saya perlu melaporkan jualan bagi tahun 2020?

Jika pendaftaran perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 28 Februari 2021), jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jualan diterima pada tahun 2021 sahaja.

Saya telah mendaftar dan menjalankan perniagaan sebelum atau pada tahun 2020. Oleh itu, jualan tahun bilakah yang perlu saya laporkan pada permohonan ini?

Jika perniagaan yang telah didaftarkan dan beroperasi sebelum atau pada tahun 2020, jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jumlah jualan bagi tahun 2020 dan 2021

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0?

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

*Sumber: Soalan Lazim (FAQ) Geran Khas Prihatin 3.0 via Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) https://gkp.hasil.gov.my/

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ini Cara Beli Produk Apple Pada Harga Murah Yang Ramai Tak Tahu

Produk Pelaburan TnGo, GO+ Tidak Patuh Shariah – Dr Zaharuddin