Cara Semak No Siri BPN 2.0 Bagi Status ‘Gagal Kredit’ & Tarikh Bayaran

Untuk makluman, semakan nombor siri BPN 2.0 boleh dibuat mulai 26 Oktober 2020.

Nombor siri BPN 2.0 ini adalah dikhaskan bagi penerima tunai yang akan menuntut bayaran di kaunter BSN.

Seperti yang diumumkan tempoh hari, bayaran BPN 2.0 secara tunai telah bermula bagi yang tiada nombor akaun atau gagal kredit.

Apakah Maksud Status ‘Gagal Kredit’?

Kenapa Status BPN 2.0 LULUS tapi ‘Gagal Kredit’?

Gagal kredit ini maksudnya sama ada anda tersilap isi nombor akaun, akaun bank tidak aktif atau telah ditutup.

Jadi, walaupun anda lulus dan layak mendapat bayaran BPN tersebut, anda perlu membuat semakan nombor siri BPN 2.0 dan menebusnya secara tunai di cawangan BSN terdekat.

Tarikh Terima Bayaran BPN 2.0 Bagi Yang ‘Gagal Kredit’

Melalui notis yang dikeluarkan oleh pihak BSN, penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober.

Tetapi jika anda merupakan penerima yang didapati Gagal Kredit (akaun bank tidak aktif atau ditutup), bayaran BPN 2.0 hanya akan dapat diterima mulai minggu kedua November 2020.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang notis bayaran BPN 2.0 oleh Pihak BSN, baca sepenuhnya di sini : Tarikh Bayaran BPN 2.0 Untuk Penerima Tunai Bermula 26 Oktober

Cara Semakan No Baucer BPN 2.0

Bagi yang masih belum dapat membuat semakan nombor voucher BPN 2.0, anda boleh cuba ikuti langkah di bawah.

  1. Layari laman web rasmi BPN 2.0 di pautan https://bpn.hasil.gov.my/
  2. Klik ‘Semakan Status’
  3. Masukkan nombor MyKad tanpa tanpa sempang atau dash (-)
  4. Tekan butang ‘Cari’
  5. Maklumat Bayaran akan dipaparkan
  6. Lihat pada bahagian ‘Status Kredit’.
    • Jika paparan menunjukkan status Gagal Kredit, No Baucer BPN 2.0 akan diberikan
    • Jika paparan menunjukkan status Berjaya Kredit, bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun. Maka, tiada nombor siri atau nombor baucer yang akan diberikan.
  7. Jika status anda Gagal Kredit dan nombor Baucer BPN 2.0 masih tidak dapat dilihat, cuba lintangkan telefon dan tukar ke mod landskap.
  8. Semak semula status tadi dan anda akan dapat melihat nombor tersebut.

Apa Nak Buat Jika Masih Tak Dapat Nombor Siri BPN 2.0?

Bagi yang dah ikut langkah di atas dan masih tak dapat nombor baucar BPN 2.0 tu, jangan risau.

Anda boleh menghubungi pihak BSN atau terus ke kaunter BSN untuk menebus bayaran tunai tersebut. (Tapi seeloknya ikut Tarikh Tunai yang tertera pada semakan.)

Yang penting, pastikan anda membawa kad pengenalan original untuk tujuan pengesahan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

Baca juga: Status Rayuan BSH 2020 Boleh Disemak Mulai 16 November 2020

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Bantuan Sara Hidup atau hubungi nombor dan e-mel yang tertera di bawah.

Hotline BSH LHDN: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

Hotline BSH MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

E-mel: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: