in

Tarikh Bayaran BPN 2.0 Untuk Penerima Tunai Bermula 26 Oktober

tarikh bayaran bpn
ADVERTISEMENT

Tentu ramai dah sedia maklum bahawa tarikh bayaran BPN 2.0 yang dijadualkan pada 26 Oktober ini telah dipercepatkan kepada 19 Oktober yang lalu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pembayaran BPN 2.0 fasa pertama itu dapat dipercepatkan berikutan komitmen dan usaha pegawai-pegawai kementerian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan institusi kewangan yang terlibat.

“Pembayaran sedang dibuat secara berperingkat dengan mengutamakan golongan B40 melibatkan 7.5 juta penerima iaitu 3.7 juta penerima kategori isi rumah dan 3.8 juta penerima kategori bujang.

ADVERTISEMENT

Manakala golongan M40 pula yang melibatkan 3.1 juta penerima iaitu 1.4 juta penerima kategori isi rumah dan 1.7 juta penerima kategori bujang, pembayaran telah bermula pada 22 Okt,” menurut kenyataan rasmi tersebut.

Tarikh Bayaran BPN 2.0 Untuk Penerima Tunai Di BSN

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober.

Jika anda merupakan penerima yang didapati gagal kredit (akaun bank tidak aktif atau ditutup), tarikh bayaran BPN 2.0 akan dapat diterima mulai minggu kedua November 2020.

Anda boleh membuat semakan status pembayaran samada melalui tunai atau pengkreditan ke dalam akaun.

Jika menerima tunai, anda boleh hadir ke cawangan BSN untuk membuat penunaian.

Dokumen Yang Perlu Dibawa

Untuk menerima bayaran BPN 2.0 secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter dan wajib memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di mana-mana ATM rangkaian MEPS dan di kaunter Cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

Bagi yang masih belum terima bayaran BPN 2.0 fasa pertama ini, jangan risau kerana proses pengkreditan bayaran BPN 2.0 itu akan berterusan dan dijangka diselesaikan sebelum hujung bulan Oktober ini.

Jumlah Bayaran BPN 2.0 Yang Akan Diterima

Jumlah bayaran BPN 2.0 yang akan diterima adalah mengikut kategori.

Ia akan dibayar dalam 2 fasa, iaitu bayaran BPN 2.0 fasa pertama pada bulan Oktober 2020 manakala bayaran BPN 2.0 fasa kedua pada bulan Januari 2021.

Maksudnya jumlah yang kita dapat pada bulan Oktober ini adalah separuh daripada jumlah yang layak, manakala separuh lagi akan dikreditkan pada bulan Januari tahun hadapan.

tarikh bayaran bpn 2.0

Baca juga : Sempatkan Dhuha Agar Hajat Kita Bisa Dipenuhi Dengan Izin Allah SWT

Rayuan BPN 2.0 & Cara Permohonan Baru BPN 2.0

Bagi yang layak namun tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0, tempoh permohonan baru BPN 2.0 masih dibuka sehingga 15 November ini.

Permohonan baru BPN 2.0 boleh dibuat melalui 2 cara di bawah:

Syarat Kelayakan Permohonan Baru BPN 2.0

Untuk makluman, penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

Namun, atas sebab-sebab tertentu anda mungkin boleh membuat rayuan / permohonan baru BPN 2.0 seperti alasan berikut:

  • Penerima BPN 2020 di bawah kategori Bujang dan telah berkahwin yang ingin menerima BPN 2.0 kategori Isi Rumah
  • Pasangan kepada penerima BPN 2020 sebelum ini di bawah kategori Isi Rumah dan telah bercerai yang ingin memohon BPN 2.0 kategori ibu / bapa tunggal
  • atau alasan-alasan lain yang boleh dipertimbangkan

Baca juga : Nak Book Hotel Harga Murah? Ini Cara Yang Anda Wajib Tahu

Tarikh Semakan Status Rayuan & Permohonan Baru BPN 2.0

Bagi mereka yang telah membuat permohonan dan rayuan, ia akan diproses selepas tarikh tutup iaitu 15 November 2020.

Jika permohonan diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekali gus pada Januari 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta e-mel kepada [email protected] atau rujuk laman web rasmi Bantuan Prihatin Nasional di https://bpn.hasil.gov.my/

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

malaysia darurat

Malaysia Darurat? PM Dijangka Mengadap Agong Dalam Masa Terdekat

tanda covid 19

Awas Gelombang Ketiga! Ini Tanda COVID 19 & Apa Nak Buat Jika Bergejala