Status Rayuan BSH 2020 Boleh Disemak Mulai 16 November 2020
Status Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh disemak pada portal rasmi Bantuan Sara Hidup mulai 16 November 2020.
Makluman ini dibuat oleh LHDN melalui laman web rasmi https://bsh.hasil.gov.my/ serta kenyataan media oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Untuk makluman, permohonan rayuan ini telah dibuka 7 Ogos hingga 9 September yang lalu, di mana 210,000 penerima telah lulus rayuan.
Tarikh Pembayaran
Dalam pengumuman tersebut juga dinyatakan bahawa tarikh pembayaran bagi mereka yang lulus rayuan BSH 2020 ini akan mula disalurkan pada 23 November 2020.
Cara Semak Status Rayuan BSH 2020
Mulai 16 November 2020, semakan status Bantuan Sara Hidup boleh dibuat sama ada secara manual atau online.
i) Cara Semakan Status Manual
Untuk semakan status rayuan secara manual BSH 2020, ia boleh dilakukan melalui 4 cara berikut:
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Baca juga: Tarikh Bayaran BPN 2.0 Untuk Penerima Tunai Bermula 26 Oktober
ii) Cara Semakan Status Online
Bagi semakan status rayuan online Bantuan Sara Hidup, ia boleh dilakukan melalui
- Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup LHDNM – https://bsh.hasil.gov.my dengan memilih Menu Semakan Status Permohonan (Maklumat pembayaran BSH 2020); atau
- Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
Langkah-langkah membuat semakan online adalah seperti berikut:
- Login ke laman web rasmi Bantuan Sara Hidup di pautan https://bsh.hasil.gov.my/ atau aplikasi Bantuan Sara Hidup
- Klik Menu Semakan Status Permohonan (Maklumat pembayaran BSH 2020)
- Masukkan Nombor MyKad
- Isi maklumat captcha.
- Tekan butang Semak.
- Maklumat berikut akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Berjaya)
Maksud Status Permohonan Yang Dipaparkan
Status Permohonan / Rayuan BSH yang akan dipaparkan beserta maksudnya adalah seperti disenaraikan di bawah ini.
- PERMOHONAN DITERIMA – Permohonan telah dikemaskini bagi BSH 2020 tetapi belum menjalani proses semakan dan verifikasi kelayakan.
- BELUM KEMAS KINI – Permohonan BSH sebelum ini yang telah di bawa ke BSH 2020. Sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat, tindakan kemas kini tidak perlu dibuat. Permohonan berkenaan akan melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan berdasarkan maklumat BSH sebelum ini.
- TIDAK LAYAK – Sila hubungi cawangan LHDNM berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.
- TIADA REKOD – Mesej berkenaan dipaparkan kerana anda tidak mempunyai rekod Permohonan BSH sebelum ini.
Baca juga : Awas Gelombang Ketiga! Ini Tanda COVID 19 & Apa Nak Buat Jika Bergejala
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Bantuan Sara Hidup atau hubungi nombor dan e-mel yang tertera di bawah.
Hotline BSH LHDN: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
Hotline BSH MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
E-mel: [email protected]
NOTA PENTING:
LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) secara bergerak melalui Pegawai BSH, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan bantuan sebelum ini di media sosial. Sila klik bagi senarai berkenaan.
Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan. LHDNM tidak melantik mana-mana individu untuk menjawab pertanyaan dan soalan mengenai BSH menerusi whatsapp atau panggilan menggunakan nombor talian peribadi seperti yang tular pada Facebook atau media sosial.