Panduan Permohonan Rayuan BPR Online (Tak Perlu Ke Kaunter)

Untuk makluman rayuan BPR secara online boleh dilakukan dan sangat digalakkan.

Urusan di kaunter dibuka bagi sesiapa yang tidak dapat membuat permohonan rayuan secara online.

Sila rujuk langkah-langkah di bawah:

  1. Log masuk ke portal BPR dengan memasukkan no MyKad dan kata laluan
  2. Klik butang Permohonan Rayuan.
  3. Maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan maklumat yang lepas. Pemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut.
  4. Muat naik dokumen sokongan berdasarkan keperluan. Sila rujuk Kod Tidak Lulus BPR untuk mengetahui dokumen yang perlu dikemukakan.
    Rujuk: Rayuan BPR Fasa 2: Kod Tidak Lulus & Senarai Dokumen Sokongan
  5. Klik butang Teruskan.
  6. Isikan kod Captcha dan pengesahan Captcha.
  7. Baca notis dan tandakan tick pada kotak kecil sebelum tekan butang Hantar.
  8. Setelah berjaya, notifikasi Permohonan Rayuan telah berjaya disimpan akan dipaparkan pada skrin.
  9. Klik butang Cetak untuk rujukan atau klik butang Keluar setelah selesai permohonan rayuan.

Panduan Permohonan Rayuan BPR Online (Fasa2)

Rujuk panduan Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 melalui langkah bergambar di bawah:

rayuan bpr fasa 2 online
rayuan bpr online
panduan permohonan rayuan bpr online

Dokumen Sokongan Rayuan BPR Yang Perlu Dimuat Naik Secara Online

Bagi anda yang tidak lulus BPR tempoh hari, sila rujuk KOD TIDAK LULUS dan sediakan dokumen sokongan yang bersesuaian seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah:

rayuan bpr fasa 2
kod tidak lulus rayuan bpr
kod tidak lulus rayuan bpr
rayuan bpr fasa 2
rayuan bpr fasa 2
kod tidak lulus bpr
rayuan bpr fasa 2

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 2, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

NOTA: Sila buat permohonan janji temu online LHDN BPR sebelum ke kaunter : e-Janji Temu LHDN: Permohonan Temu Janji Online Untuk Rayuan BPR

e-Janji Temu atau janji temu secara dalam talian diwujudkan bagi membolehkan orang awam untuk membuat permohonan janji temu bagi mendapatkan perkhidmatan BPR di Kaunter LHDNM berdasarkan tarikh dan masa yang dipilih.

Baca juga: Ramai Keliru Jadi Ahli RELA Walaupun Tak Pernah Daftar. Ini Penjelasannya

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: