e-Janji Temu LHDN: Permohonan Temu Janji Online Untuk Rayuan BPR

CARA BUAT PERMOHONAN JANJI TEMU ONLINE LHDN BAGI URUSAN RAYUAN BPR

Mulai 15 Jun 2021, pemohon boleh mula membuat rayuan BPR di perkhidmatan kaunter BPR yang akan beroperasi sepenuhnya melalui janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian (online).

Untuk makluman semua, hanya pemohon yang membuat janji temu secara dalam talian sahaja dibenarkan berurusan di kaunter BPR LHDNM.

rayuan bpr temujanji online lhdn

Di sini dikongsikan cara membuat e-Janji Temu LHDN di Portal Rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my) menerusi perkhidmatan e-Janji Temu.

Apakah e-Janji Temu LHDN?

e-Janji Temu atau janji temu secara dalam talian diwujudkan bagi membolehkan orang awam untuk membuat permohonan janji temu bagi mendapatkan perkhidmatan BPR di Kaunter LHDNM berdasarkan tarikh dan masa yang dipilih.

  • e-Janji Temu akan dibuka mulai 14 Jun 2021.
  • Tarikh Janji Temu akan bermula pada 15 Jun 2021.

Waktu Operasi Kaunter BPR

Waktu operasi kaunter BPR adalah seperti berikut:

Cawangan / Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari (Hari bekerja)

janji temu lhdn online

Baca juga: Rayuan BPR Fasa 2: Kod Tidak Lulus & Senarai Dokumen Sokongan (Dikemaskini)

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Perkhidmatan BPR yang ditawarkan secara janji temu adalah seperti berikut:

  • Semakan Status / Bayaran
  • Permohonan
  • Rayuan
  • Lain – lain

Walau bagaimanapun pemohon disarankan untuk mengakses secara dalam talian di Portal Rasmi BPR tanpa hadir ke kaunter.

Janji temu hanya diberi keutamaan kepada Permohonan Rayuan BPR 2021 yang tidak boleh dibuat secara dalam talian atau situasi yang memerlukan semakan lanjut oleh pegawai LHDNM.

Untuk membuat permohonan rayuan BPR secara online, sila rujuk : Panduan Permohonan Rayuan BPR Online (Tak Perlu Ke Kaunter)

Cara Membuat Permohonan Janji Temu LHDN

LANGKAH 1 : LAYARI LAMAN WEB BPR

Permohonan janji temu boleh dibuat melalui Portal Rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my).

janji temu lhdn

LANGKAH 2 : KLIK PADA MENU E-JANJI TEMU

Klik pada menu e-Janji Temu seperti dalam ikon di atas. (Lihat anak panah merah)

LANGKAH 3 : ISIKAN BUTIRAN PERMOHONAN JANJI TEMU ONLINE

Isikan butiran janji temu dalam talian seperti di atas.

  • Nama
  • No Mykad
  • Negeri
  • Cawangan
  • Pengesahan Captcha
  • Tujuan Janji Temu
  • Tarikh
  • E-mel
  • No Telefon

LANGKAH 4 : HANTAR & CETAK

Setelah selesai, tekan butang HANTAR.

Sila PASTIKAN anda mencetak / memuatnaik / screenshot surat pengesahan tempahan janji temu pada Portal Rasmi BPR atau e-mel yang telah didaftarkan dan kemukakan semasa hadir ke Cawangan LHDNM yang dipilih sebagai bukti janji temu.

Maklumat lanjut, sila rujuk panduan pengguna e-Janji Temu.

Syarat Permohonan Janji Temu

  • Hanya satu tarikh sahaja di benarkan bagi setiap No MyKad Pemohon
  • Kemaskini hanya dibenarkan selewatnya tiga hari sebelum tarikh janji temu.
  • Slot masa akan dipaparkan berdasarkan kekosongan masa janji temu. Satu slot masa diperuntukkan hanya untuk tiga (3) orang pemohon.
  • Permohonan janji temu adalah tidak dibenarkan bagi tarikh cuti umum dan tarikh yang sama dengan tarikh permohonan.
  • Captcha mestilah disi sebelum menghantar permohonan

Pembatalan & Tukar Tarikh Janji Temu Di Kaunter BPR

Anda boleh membuat penukaran tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh yang telah dipilih.

Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat seperti berikut:

janji temu lhdn

Pemohon BPR

  1. Log masuk MyBPR di https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Pilih menu e-Janji Temu
  3. Klik Senarai eJanji Temu; atau
  4. Rujuk pautan pada surat janji temu yang diberikan pada e-mel yang didaftarkan semasa permohonan janji temu dilakukan

Selain Pemohon BPR

Rujuk pautan pada surat janji temu yang diberikan pada e-mel yang didaftarkan semasa permohonan janji temu dilakukan.

Baca juga: Keterangan Kod Tidak Lulus GKP 3.0 (RM1000) & Tarikh Rayuan

Maklumat Lanjut

Sekiranya semua slot penuh atau anda tidak dapat membuat janji temu dengan pihak LHDN, silahubungi talian Cawangan LHDNM atau Hotline BPR LHDNM 1-800-88-2747 atau Hotline BPR MOF 03-8882 4565 / 03-8882 4566 bagi mendapatkan bantuan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: