Cara Permohonan Rumah Idaman Selangor Untuk B40 & M40

PERMOHONAN RUMAH IDAMAN SELANGOR 2021

Kerajaan negeri Selangor telah melancarkan rumah mampu milik berharga RM250,000 satu unit untuk pembeli kali pertama yang belum memiliki hartanah dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.

Lokasi projek ialah di Bandar Saujana Putra, Shah Alam, Puchong, Cyber South, & Bandar Puncak Alam.

Unit 1,000 kaki persegi dilengkapi 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Permohonan dibuka di laman web Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Rumah Idaman Selangor bagi anda yang berminat.

Apakah Rumah Idaman Selangor?

Pelaksanaan inisiatif Rumah IDAMAN memberi pilihan kepada warga Selangor untuk memiliki kediaman yang berkualiti dan mampu milik.

Kerajaan Negeri menyediakan sebuah kediaman yang bukan sahaja lengkap dengan pelbagai kemudahan malah dengan persekitaran kondusif.

Berikut adalah antara ciri Rumah Idaman Selangor:

  • Saiz rumah seluas 1000 kaki persegi dengan ruang berikut:
    • 3 bilik tidur
    • 2 bilik air
    • ruang makan
    • ruang tamu
    • ruang dapur
  • 2 ruang parkir
  • Turut disertakan dengan kelengkapan rumah seperti berikut:
    • penghawa dingin
    • almari pakaian
    • kabinet tv dan TV
    • kabinet dapur
    • peti sejuk
    • pemanas air (hot shower)

Harga Rumah

Rumah ini berharga RM250,000 satu unit.

Syarat Kelayakan Rumah Idaman Selangor

Syarat kelayakan untuk memohon Rumah Idaman adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi sehingga RM10,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
  • Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
  • Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Selain itu, mereka yang bekerja sendiri juga boleh memohon, di mana pakej pembiayaan sehingga 100% disediakan.

Tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun dan kadar keuntungan / faedah serendah 3.5% setahun disediakan.

Cara Permohonan

Untuk memohon, anda perlu mendaftar di Portal LPHS (Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor melalui pautan :

https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/

Projek Rumah Idaraman ini akan terpapar di bawah kategori RUMAH SELANGORKU JENIS KHAS (IDAMAN MBI).

Berikut adalah dokumen yang diperlukan:

Baca juga: Rumah Selangorku: Permohonan Rumah Mampu Milik Bermula RM42,000

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk info penuh atau hubungi saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: