Ini Harga Rasmi Huawei MatePad Pro Terbaharu Di Malaysia. Sangat Berbaloi!
Secara rasminya Huawei Malaysia harini tampil memperkenalkan Huawei MatePad Pro untuk pasaran tempatan. Didatangi dengan saiz skrin paparan 12.6 inci dari jenis OLED bersama resolusi 2560 x 1600 piksel. Paparan ini turut menyokong penggunaan stylus.
Berbeza dengan model-model terdahulu yang menggunakan sistem operasi EMUI 10.1 (Berdasarkan Android 10.0), tawaran kali ini dibuat dengan sistem operasi HarmonyOS. Sistem operasi baharu ini menawarkan sokongan seperti widget, kebolehan untuk menggunakan tablet ini sebagai skrin kedua dan juga fungsi multi-tetingkap untuk memudahkan multi-tugasan ketika menggunakan tablet ini.
Selain daripada paparan berkualiti tinggi berasaskan OLED, Huawei juga turut menyertakan sokongan audio yang baik iaitu 8 pembesar suara dan 4 mikrofon yang menyokong tetapan Harmon Kardon dan HUAWEI Histen 7.0 sound effect.
Dari segi spesifikasi pemprosesnya pula, ianya dilengkapkan dengan cip pemprosesan Kirin 9000E digandingkan dengan memori RAM 8GB dan storan 256GB. Model ini sangat bersesuaian dengan anda yang berkerja tidak bertempat kerana ianya dibekalkan kapasiti bateri bersaiz 10,050mAh yang dicas melalui port USB-C.
Model terbaharu ini juga dipasang dengan dwi kamera belakang terdiri daripada lensa 13MP dan lensa sudut lebar 8MP. Pada bahagian hadapan pula dipasang lensa 8MP. Hasil daripada kamera ini boleh menghasilkan imej dengan resolusi sehingga 4160 x 3120 piksel untuk hadapan dan 3264 x 2448 piksel untuk belakang. Kedua-dua lensa belakang pula menyokong rakaman 4K tetapi kamera hadapan hanya terhad kepada 1080p sahaja.
Kepada anda yang berminat untuk menjadi antara yang pertama memiliki Huawei Matepad Pro 12.6″ ini boleh membuat pra-tempahan di sini sehingga 17 Jun 2021. Pembelian secara pra-tempahan turut bakal menerima sejumlah hadiah percuma, termasuk Huawei Smart Magnetic Keyboard, Huawei Classic Backpack, Huawei M-Pencil, selain akses kepada Huawei Video dan juga Huawei Cloud yang bernilai sehingga RM1746. Sememangnya satu pembelian yang berbaloi!