in ,

Kenapa Ada Orang Boleh Dijangkiti Covid-19 Untuk Kali Kedua?

ADVERTISEMENT

Sudah lebih 500 hari negara kita memerintahkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19 di seluruh negara. Namun , wabak panyakit ini masih lagi menjadi kebimbangan dan nampaknya masih belum ada kesudahannya. Lebih membimbangkan, ada pula yang positif COVID untuk kali kedua!

Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan gelombang ketiga virus corona, dengan jumlah peningkatan kes yang amat menakutkan.

Semakin ramai rakyat kita menjadi mangsa virus corona, tanpa mengira umur, jantina mahupun bangsa.

Apa yang menakutkan, virus ini bukan sahaja menemui varian baharu yang lebih ganas, malah kes pesakit yang dijangkiti Covid-19 untuk kali kedua juga amat membimbangkan negara ketika ini.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini pelakon Malaysia Aeril Zafrael mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya dijangkiti virus tersebut untuk kali yang kedua.

Pernahkah anda terfikir sama ada kita boleh mendapat jangkitan COVID-19 kali kedua atau seterusnya?

Bolehkah COVID-19 menyerang buat kali kedua?

COVID-19: the latest research & publishing opportunities | Emerald  Publishing

Jika dijangkiti Covid-19 buat kali pertama pun sudah membimbangkan inikan pula jika dijangkiti untuk kali kedua. Betul tak?

Para saintis telah menemui bukti kukuh pertama bahawa individu boleh dijangkiti semula dengan virus corona. Kelvin To, Ahli Mikrobiologi bahagian klinikal di Universiti Hong Kong (HKU) menjelaskan, kes itu membuktikan segelintir pesakit tidak mempunyai imuniti seumur hidup meskipun telah terdedah kepada virus tersebut sebelumnya.

Bukan itu sahaja, seorang wanita tua daripada China yang didiagnosis menghidap COVID-19 pada bulan Februari dan pulih sepenuhnya telah diuji positif sekali lagi, 6 bulan selepas kes pertama.

Kedua-dua kes itu tidak mempunyai kontak rapat dengan pesakit kes positif, namun kuarantin tetap juga dilakukan untuk kedua-dua kes ini bagi mengurangkan penularan virus.

Baca juga: “Siti Sarah Dah Ditidurkan, Tolong Doakan Dia”

Malangnya, kes jangkitan semula ini tidak berpusat di China dan Hong Kong sahaja.

Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 25 tahun dari Nevada, Amerika Syarikat hadir untuk menerima rawatan bagi gejala jangkitan virus biasa yang berlaku pada diri beliau.

Beliau menunjukkan simptom yang serupa pada dua masa yang berbeza, iaitu pertama semasa ujian saringan komuniti pada April 2020, manakala kali kedua berlaku pada awal Jun 2020.

Kedua-dua ujian yang diambil beliau menunjukkan keputusan positif, meskipun terdapat dua ujian negatif yang dilakukan pada Mei 2020.

Selain daripada mendapat jangkitan virus ini buat kali kedua, banyak kajian menunjukkan bahawa jangkitan kedua laazimnya lebih simptomatik dan teruk berbanding dengan yang pertama.

Kenali antibodi terhadap virus COVID-19

Which countries have made wearing face masks compulsory? | Coronavirus  pandemic News | Al Jazeera

Sistem imun tubuh kita boleh melawan jangkitan dengan menghasilkan antibodi terhadap virus. Sebelum ini, terdapat beberapa pakar berpendapat bahawa individu yang pulih daripada jangkitan Covid-19 akan mempunyai antibodi yang menwarkan perlindungan terhadap jangkitan semula.

Namun, seberapa kuat tindak balas imun dan berapa lama antibodi tersebut berada di dalam sistem tubuh kita masih belum diketahui sepenuhnya.

Pakar penyakit berjangkit menegaskan bahawa imuniti terhadap koronavirus lain yang diketahui, termasuklah virus yang menyebabkan selesema biasa lazimnya hanya bertahan selama 3 hingga 6 bulan.

Kajian jangkitan semula daripada Hong Kong mendapati, jangkitan kedua daripada baka virus yang sedikit berbeza daripada yang pertama sehingga mengesahkan keupayaan virus ini menghasilkan jangkitan semula pada masa akan datang.

Meskipun begitu, Dr Stephanie Stovall, Pengarah Perubatan Pencegahan Jangkitan di Lee Health mengatakan bahawa kita tidak seharusnya berasa tertekan mengenai perkara ini.

Menurut beliau, banyak saintis yang menjangkakan keadaan seperti ini berlaku dengan virus corona. Beliau turut berkongsi pendapat mengenai pesakit dijangkiti semula dalam masa terdekat, iaitu jarak masa 4 hingga ke 6 bulan setelah pulih daripada jangkitan pertamanya.

Ini seterusnya membuktikan bahawa imuniti jangka panjang mungkin tidak akan berlaku secara semula jadi selepas jangkitan COVID-19.

“Dengan virus COVID-19 dan selesema biasa seperti koronavirus dan rhinovirus lain, tubuh kita akan menghasilkan antibodi yang boleh dikesan,

“Namun, ada kemungkinan bahawa antibodi ini sama ada tidak bertahan buat tempoh lama atau tidak kuat untuk mencegah jangkitan semula,” sambung Dr Stovall lagi.

Apakah yang boleh anda lakukan untuk elak positif COVID kali kedua?

covid kali kedua
Kredit foto: cnnnews

Cara terbaik untuk mengelakkan diri anda daripada positif COVID kali kedua ialah isolasi di rumah semasa kes sedang naik mendadak ketika ini labih-lebih lagi anda mempunyai sistem imun yang lemah.

Akhir kata, amalkan penjarakan sosial, pakailah topeng muka seperti yang disarankan dan jagalah kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan sabun mahupun hand sanitizer. Jika anda risau akan keselamatan diri anda, anda boleh melakukan swab test COVID di klinik yang di senarai oleh kerajaan.

Baca juga: Bantuan Hingga RM500,000 Jika Ada Kesan Sampingan Serius Vaksin COVID19

Written by aisyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

doa akhir tahun awal tahun hijrah 2021

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah 2021/1442-1443H (Teks Arab/Rumi)

Doa ditimpa ujian

Doa Ditimpa Ujian, Tekanan Dan Gelisah. Amalkan Setiap Hari