Kerajaan Setuju Pengeluaran Khas KWSP RM10K – PM Ismail Sabri

Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri DS Ismail Sabri dalam sebuah kenyataan media pada jam 1.30 tengah hari sebentar tadi, 16 Mac 2022.

Sumber: Facebook DS Ismail Sabri

Persetujuan ini dibenarkan atas keprihatinan kerajaan yang ingin membantu mereka yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara dan menjejaskan pendapatan rakyat.

Sidang media itu disiarkan secara langsung di semua televisyen tempatan dan Facebook LIVE serta turut dimuatnaik di Twitter Perdana Menteri hari ini.

https://www.youtube.com/watch?v=2TZpYHxqDPc
https://twitter.com/IsmailSabri60/status/1503967606067195905

Walaubagaimanapun, orang ramai diharapkan tidak mengeluarkan simpanan sekiranya tiada keperluan mendesak.

Perincian berkenaan pengeluaran ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan pihak KWSP.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: