in

Tema Hari Kebangsaan 2021, Logo & Maksud ‘Malaysia Prihatin’

ADVERTISEMENT

Tema Hari Kebangsaan Tahun 2021 ini kekal seperti tahun lepas iaitu ‘Malaysia Prihatin’ dan ia akan disambut secara sederhana, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menurut laporan BERNAMA pada 7 Julai 2021 yang lalu.

Beliau berkata setiap tahun, terdapat tiga acara utama iaitu pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang, sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan sambutan Hari Malaysia.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tema dan logo ‘Malaysia Prihatin’ serta tema-tema Hari Kebangsaan yang pernah digunakan sebelum ini.

ADVERTISEMENT

Maksud Logo ‘Malaysia Prihatin’

Pada tahun 2021 ini, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-64.

Bagi sambutan kemerdekaan kali ini, tema yang digunakan adalah sama seperti tahun 2020 iaitu Malaysia Prihatin.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang logo dan rasional di sebalik tema ini, sila rujuk info di bawah:

tema hari kebangsaan 2021
  • LOGO BERBENTUK HATI
    • Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia
    • terhadap masyarakat berbilang kaum.
  • WARNA BIRU TUA
    • Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
  • BULAN SABIT
    • Islam adalah agama bagi persekutuan.
  • BINTANG PECAH 14
    • Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.
  • 7 JALUR MERAH PUTIH BERBENTUK HATI
    • Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.
  • STIGMA BUNGA RAYA
    • Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.
  • 5 TITIK MERAH
    • Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa

Untuk maklumat lanjut tentang manual penggunaan Logo Malaysia Prihatin ini, sila rujuk MANUAL PENGGUNAAN LOGO HARI KEBANGSAAN di pautan berikut: https://www.kkmm.gov.my/images/AdHoc/200710_MANUAL_PENGGUNAAN_LOGO_HARI_KEBANGSAAN_2020.pdf

Untuk pengetahuan anda juga, ini merupakan kali kelima logo berbentuk hati digunakan selepas 1994, 1997, 2015, 2016 dan 2020.

Jom tengok logo-logo dan tema Hari Kebangsaan yang telah digunakan dari tahun 1976 hingga 2020 sebelum ini.

Logo & Tema Hari Kebangsaan Tahun 1976 – 2021

tema hari kebangsaan 2021
tema hari kebangsaan 2021

Sumber: Facebook

Baca juga: Cara Tambah Lokasi Kedai / Bisnes / Perniagaan Online Di Google Map

Maksud & Lambang Jalur Gemilang

Bendera Malaysia diperkenalkan pada tahun 1950 dan pada tahun 1997, namanya telah ditukar kepada Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan yang ke-40.

Tahukah anda maksud lambang dan warna pada Jalur Gemilang?

Sila rujuk infografik di bawah:

maksud jalur gemilang

*Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia / SKMM

Maksud Jata Negara

Jata Negara merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952.

Mari kenali Jata Negara kita melalui infografik di bawah.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Oden Ala Family Mart. Hanya Menggunakan Rencah Adabi Saja!

Kursus iKurnia Online: Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas