TERKINI: Senarai HIDE Hotspot Yang Diarah Tutup 3 Hari (Mulai 8 Mei)

TERKINI: Premis tersenarai dalam sistem HIDE Hotspot telah diarah tutup selama 3 hari berkuatkuasa serta merta.

Hal ini diumumkan melalui Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (8 Mei 2021).

hide hotspot

Berikut soalan lazim mengenai HIDE HotSpot dan senarai premis yang terlibat.

Apakah HIDE HotSpot?

HIDE (Hotspot Identification for Dynamic Engagement) adalah analisis Data Raya dan kecerdasan buatan (AI) yang membuat ramalan ke atas sesebuah premis yang berpotensi menjadi titik panas penularan COVID-19 dalam jangka masa 7 hari.

Analisis yang dibuat adalah menggunakan data daftar masuk MySejahtera serta pangkalan data kesihatan sedia ada.

Sistem HIDE akan menyenaraikan premis berisiko. Senarai ini akan diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan bagi tujuan kawalan kendiri oleh masyarakat umum dan premis perniagaan.

Mengapa HIDE?

Dapatan daripada HIDE akan memudahkan tindakan awalan secara bersasar dilaksanakan oleh pihak berwajib bagi membendung penularan COVID-19. Hasil pemerhatian mendapati 90 peratus daripada kadar transmisi COVID-19 telah berlaku di 0.2 peratus premis yang berdaftar dengan MySejahtera.

Dapatan HIDE akan membantu pihak berkuasa untuk melaksanakan tindakan awalan membendung penularan COVID-19 secara lebih baik dan tersusun, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada langkah-langkah kawalan sedia ada.

Baca juga: Rentas Daerah Tidak Dibenarkan Di Seluruh Negara Mulai 10 Mei – 6 Jun

Senarai HIDE Hotspot Terkini (8 Mei 2021)

hide hotspot

Adakah premis-premis ini adalah kluster jangkitan sebenar?

Tidak. Premis yang disenaraikan adalah yang berpotensi menjadi kluster, sekiranya tiada tindakan awalan diambil. Ia bukan suatu kluster yang telah disahkan sebagai kluster penyebaran COVID-19.

Oleh itu, premis yang tersenarai di bawah HIDE adalah berbeza daripada senarai kluster yang dilaporkan setiap hari oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Baca juga: CIMS MITI: Surat Permohonan Beroperasi Syarikat Dalam Tempoh PKP

Siapa yang membangun dan menguruskan sistem HIDE?

Sistem HIDE dibangun dan diuruskan oleh CPRC Analytics, sebuah unit di bawah Kementerian Kesihatan yang dianggotai oleh pegawai dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Ini bertepatan dengan pendekatan menyeluruh kerajaan (whole-of-government) dalam menguruskan pandemik ini, di samping dapat mengurangkan kos untuk pekerjaan dan pendapatan.

Bagaimana saya boleh mengeluarkan premis saya daripada senarai HIDE?

Sekiranya tiada titik panas terbentuk di premis hasil tindakan awalan (pre-emptive) yang dilaksanakan, premis anda akan dikeluarkan daripada senarai HIDE dalam tempoh tujuh (7) hari selepas disenaraikan. Senarai premis yang telah dikeluarkan daripada HIDE akan diterbitkan secara harian.

Bagaimanapun, sesebuah premis berkemungkinan disenaraikan dalam HIDE lebih daripada sekali. Ini menandakan tindakan kawalan di premis itu adalah tidak mencukupi. Premis yang sentiasa dikunjungi ramai, sesak serta tanpa sistem pengudaraan yang baik adalah berisiko tinggi untuk tersenarai lebih daripada sekali.

Saya telah ke premis yang disenaraikan dalam HIDE, apa yang perlu saya lakukan?

Jika anda mengunjungi premis yang tersenarai dalam HIDE dalam tempoh 7 hari penyenaraian, anda dinasihatkan untuk meminimumkan kontak dengan orang lain dan memerhatikan jika terdapat apa-apa simptom jangkitan pada diri anda. Jika terdapat simptom dalam tempoh 14 hari, anda dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 di fasiliti kesihatan terdekat.

Apa yang perlu saya lakukan dengan senarai HIDE yang diterbitkan setiap hari?

Kawalan kendiri oleh orang ramai dan para pemilik perniagaan adalah barisan pertahanan pertama Malaysia dalam menghadapi COVID-19. Senarai HIDE bertujuan membantu orang ramai bagi membuat keputusan terbaik dalam menjalani kehidupan seharian ketika pandemik ini.

Rujukan:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: