Resepi Jeruk Bawang Putih (Laba Garlic), Cara Makan & Khasiatnya

Akhir-akhir ni laba garlic atau jeruk bawang putih menjadi viral gara-gara Mukbang China yang nampak begitu menyelerakan.

Warnanya yang hijau mungkin pada awalnya membuat ramai tertanya-tanya, dan ada juga yang ingatkan ia petai!

Tapi inilah dia jeruk bawang putih atau lebih dikenali sebagai Laba Garlic.

Apakah khasiatnya dan kenapa ia berwarna hijau?

Jom kami kongsikan info lebih lanjut tentang jeruk bawang putih ini.

Apakah Laba Garlic?

Menurut ChinaDaily, laba garlic adalah jeruk bawang putih yang diawet dengan cuka dan sering didapati di China Utara.

Ia digelar laba garlic kerana ia biasanya dibuat pada hari ke-8 bulan “La” (iaitu bulan ke-12), iaitu musim sejuk di mana Laba Festival diraikan.

Ketika perayaan ini, jeruk bawang putih biasanya dihidangkan bersama ladu atau dumplings.

Semasa Pesta Musim Bunga, snek ini hampir menjadi keperluan kerana ia membantu mengatasi rasa berminyak (refluks) atau ‘angin’ yang disebabkan oleh pelbagai jamuan yang tidak dapat dielakkan.

jeruk bawang putih

Baca juga: Daun Senna: Khasiat, Hadis Kebaikan & Kesan Sampingan Teh Sanna

Bagaimana Rasanya?

Bawang putih ini rasanya masam dan sedikit pedas.

Teksturnya yang agak rangup / crunchy dan menjadikan ia sesuai dimakan bersama pelbagai jenis makanan terutamanya seperti daging dan makanan berminyak.

Jeruk bawang putih yang kurang pedas, lebih sesuai untuk semua peringkat umur.

Kenapa Ia Berwarna Hijau?

Mungkin ramai di Malaysia yang pelik tengok macam mana bawang putih ni boleh bertukar jadi warna hijau?

Sebenarnya, warna hijau jed ini adalah indikasi atau isyarat yang menunjukkan bahawa laba garlic ini sedia untuk dihidangkan.

Menurut seorang penyelidik di Pusat Penyelidikan Sayuran Kebangsaan China, He Hongju, bawang putih akan bertukar menjadi hijau kerana allinase, enzim dalam bawang putih, mengubah struktur bahan yang mengandungi sulfur.

Bahan itu kemudiannya menghasilkan bahan berwarna biru dan kuning, yang bergabung dan menghasilkan warna hijau.

Kredit gambar: Rabial Syamiah

Khasiat Jeruk Bawang Putih

Antara khasiat mikronutrien dalam jeruk bawang putih antaranya kalium, ferrum, selenium, zink dan asid folik.

Terdapat sumber mendakwa bahawa ianya mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi.

Ia juga dikatakan dapat membantu mengelakkan kanser, melancarkan pencernaan di samping melambatkan proses penuaan.

Selain daripada memakannya secara langsung sebagai pembuka selera, ia juga digunakan dalam perubatan Cina untuk mencegah selsema dan menurunkan tekanan darah.

Ambil perhatian bahawa makan terlalu banyak bawang putih laba akan membuat seseorang berasa letih. Jadi, sila makan secara sederhana, katakan, tidak lebih daripada sepuluh pada satu masa.

Resepi Jeruk Bawang Putih @ Laba Garlic

Berikut dikongsikan resepi jeruk bawang putih @ Laba Garlic oleh Wann Ika Dayang di Facebook.

Bahan-bahan:

  • 3 labu bawang putih dikupas kulit dan dibuang pangkalnya, dicuci bersih dan toskan.
  • 1 cawan cuka beras (warna coklat atau putih). Saya gantikan dengan cuka makan biasa je
  • 1 sudu besar gula batu
  • 3 labu bawang putih dikupas kulit dan dibuang pangkalnya, dicuci bersih dan toskan.
  • 1 cawan cuka beras (warna coklat atau putih). Saya gantikan dengan cuka makan biasa je
  • 1 sudu besar gula batu

Cara :

  1. Masukkan bawang putih yang dikupas ke dalam balang.
  2. Masukkan gula batu dan tuang cuka hingga menutupi bawang.
  3. Tutup balang dan biarkan (pada suhu bilik) hingga warna hijau emerald terhasil (ambil masa lima hari atau lebih). Lagi lama lagi cantik hijaunya.

Siap!

NOTA: Sekali dah buka, kena simpan dalam peti sejuk ya.

Cara Makan

Laba garlic ini biasanya dihidangkan bersama ladu atau dumplings.

Ia juga sesuai dimakan dengan makanan berminyak atau daging untuk mengurangkan rasa muak.

Dalam mukbang China, nampak sedap bila nampak mereka makan dengan mee segera atau mee sup. Ramai yang cakap memang sedap bila makan dengan maggi!

Baca juga: Resepi Kek Butter Cheese Blueberry. Paling Mudah & Sedap!

*Sumber rujukan: ChinaDaily, Rabial Syamiah, Wann Ika Dayang

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: