6 Tips Kekal Fokus & Produktif Bagi Yang Masih Bekerja Dari Rumah!

Bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, kebanyakan syarikat telah memutuskan sebahagian besar pekerja mereka bekerja dari rumah (BDR). Ia bertujuan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 di kawasan tertutup seperti di tempat kerja.

Seperti yang kita tahu, bekerja dari rumah ada masanya menyeronokkan dan ada masanya merunsingkan.

Jadi, untuk mengekalkan seseorang itu sentiasa fokus dan produktif, terdapat beberapa tips yang boleh diikuti supaya tetap bersemangat bekerja walaupun dirumah.

1. Bangun Diawal Pagi

How to wake up in the morning feeling great
Kredit: The Irish Times

Walaupun hanya bekerja dari rumah, namun anda juga perlu biasakan diri dengan bangun diawal pagi. Jalankan rutin seperti biasa anda lakukan di awal pagi sebelum pergi ke pejabat.

Elakkan tidur yang berterusan terutamanya selepas sarapan pagi, ini membolehkan anda menjadi semakin berat untuk bekerja.

Anda juga boleh melakukan sedikit senaman ringkas bagi tujuan menyegarkan badan dan selepas itu terus ke ruangan kerja untuk bekerja.

2. ‘Mood’ Kerja

bekerja Archives • Yayasan Rahmatan Lilalamin

Sebelum memulakan sesuatu perkara atau pekerjaan, anda perlu dapatkan mood terlebih dahulu dengan bangun diawal pagi dan menikmati udara segar waktu pagi terlebih dahulu.

Boleh juga sediakan sarapan ringkas untuk diri sendiri dan keluarga serta luangkan masa sarapan bersama keluarga terlebih dahulu.

Selain itu, berpakaian kemas dan wangi seperti hendak pergi ke pejabat juga salah satu peranan untuk menaikkan mood kerja anda walaupun hanya bekerja dirumah sahaja.

3. Rancangan Tugas

32 Best Online To-do List Apps for Android and iOS (2021)
Kredit: ProfHub

Sebaiknya sebelum memulakan kerja, rancanglah terlebih dahulu jadual kerja. Utamakan kerja-kerja yang perlu dihantar terlebih dahulu supaya kerja anda akan berjalan lancar.

Dengan adanya rancangan tugasan kerja, seseorang itu akan lebih fokus serta dapat membahagikan masa sebaik mungkin ketika berkerja dari rumah.

4. Ruangan Kerja

4 Tips for Creating a Makeshift Work-From-Home Space | Real Simple
Kredit: Real Simple

Sediakan satu ruangan khas untuk bekerja adalah peranan yang sangat penting. Ini bertujuan untuk mengasingkan diri daripada gangguan anak-anak supaya dapat bekerja dengan lebih tenang.

Jadi dengan adanya ruangan khas, ini dapat membantu anda lebih fokus dan bekerja dengan lebih selesa seperti berada di pejabat.

5. Berehat Seketika

10 Petua Berguna untuk Bekerja Dari Rumah Semasa Covid-19
Kredit: EasePDF

Walaupun bekerja dari rumah, anda juga perlu jadualkan waktu berehat sama seperti di pejabat. Jika perlu, pasangkan alat penggera untuk mengingatkan kita waktu rehat.

Jangan terlalu fokus terterhadap kerja sehingga lupa makan dan berehat. Ambil lah masa lebih kurang 10 minit untuk rehatkan mata anda dengan memandang tumbuh tumbahan hijau atau segarkan diri dengan membancuh secawan kopi.

6. Pemakanan

10 Makanan Yang Mengandungi Vitamin C Yang Tinggi - Root of Science
Kredit: Roof Of Science

Amalkan pemakanan yang seimbang. Biasanya kita cenderung dalam pengambilan ‘snacking’ apabila berekerja dari rumah. Justeru haruslah diingatkan supaya mengambil makanan yang berkhasiat seperti buahan atau kekacangan suapaya akan sentiasa segar dan fokus mata anda.

Sumber: BPA & Oh Bulan

Ingin lebih artikel yang menarik klik disini

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: