ATM Raya: Lokasi Mesin ATM Tukar Duit Raya Seluruh Malaysia 2023

ATM Raya: Lokasi Mesin ATM Tukar Duit Seluruh Malaysia 2023

Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Segala persiapan dilakukan dengan rapi bagi menyambut perayaan tersebut termasuklah menyediakan duit raya.

Sekiranya anda tertanya-tanya adakah boleh menukar duit di ATM, jawapanya ya boleh!

Jadi, jika anda malas nak beratur panjang semata-mata nak tukar duit sempena hari raya, anda hanya perlu ke mesin ATM untuk menukar duit baru.

Nak tahu caranya dan senarai lokasi bank yang menyediakan atm raya,  jom teruskan membaca. 

BACA JUGA: Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Hari Raya 2023

Senarai Lokasi Mesin ATM Raya Di Seluruh Malaysia 2023

Terdapat beberapa mesin ATM bank yang menyediakan perkhidmatan tukar duit baru yang seringkali diperlukan oleh pengguna khususnya untuk duit raya. Contohnya seperti Maybank, Ambank dan Affin Bank.

Mari lihat satu persatu lokasi mesin ATM tersebut mengikut jenis bank di seluruh Malaysia.

A. ATM Maybank

Berikut kami kongsikan senarai lokasi ATM Maybank di seluruh Malaysia yang menyokong penukaran wang kertas sempena Hari Raya 2023. Anda boleh melakukan penukaran wang sehingga 24 April 2023. 

Untuk info lebih lanjut, anda boleh rujuk laman web Maybank: https://www.maybank2u.com.my/ 

ATM Raya

NOTA: Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM

1. Pergi ke mesin ATM di cawangan Maybank terdekat anda. – Rujuk lokasi mesin ATM di bawah.

2. Pilih mesin ATM yang ada poster tertera “dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini” – rujuk gambar. 

ATM Raya

3. Seterusnya, tekan pengeluaran’ dan pilih jumlah. Duit yang akan keluar ialah not RM 10 atau not RM50 sahaja. 

4. Anda boleh minta sampul raya daripada kaunter depan.

ATM Raya

B. ATM Ambank 

Seperti Maybank, Ambank juga melakukan langkah yang sama dengan menyediakan mesin ATM yang menyokong penukaran wang kertas sempena Hari Raya 2023. Not kertas yang disediakan RM10 sahaja. 

Untuk info lebih lanjut, anda boleh rujuk laman web Ambank atau pautan berikut: https://www.ambank.com.my/ambank/Documents/RM10RayaNotesBranchesList.pdf

ATM Raya
ATM Raya

C) ATM Affin Bank

Selain Maybank dan Ambank, Affin Bank juga tidak ketinggalakan melakukan langkah yang sama dengan menyediakan mesin ATM yang menyokong penukaran wang kertas sempena Hari Raya 2023. Not kertas yang disediakan RM10 & RM50 sahaja. 

Untuk info lebih lanjut, anda boleh rujuk laman web Affin Bank: https://www.affinalways.com/ 

ATM Raya AFFIN
affin bank tukar duit raya
ATM Raya affin

Kesimpulan

Semak lokasi mesin ATM mengikut bank yang berdekatan dengan lokasi anda bagi memudahkan anda menukar duit tanpa perlu beratur di kaunter bank. Semoga senarai ini dapat membantu anda menukar duit dengan mudah dan cepat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: