in

Pendaftaran [email protected] MITI: Potongan Cukai Syarikat Hingga RM50,000

ADVERTISEMENT

MITI telah mengambil langkah proaktif dan responsif dengan memperkenalkan satu inisiatif yang komprehensif dalam mengimbangi kelangsungan operasi sektor perkilangan dengan pengawalan penularan pandemik di kalangan pekerja yang dinamakan [email protected]

Syarikat di dalam sektor perkilangan & perkhidmatan yang berkaitan boleh mula mendaftar untuk melaksanakan [email protected] bermula 1 April 2021 di CIMS.

Apakah [email protected]?

[email protected] adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang boleh
dilaksanakan oleh syarikat-syarikat di sektor perkilangan yang merangkumi
tanggungjawab majikan menyediakan penginapan pekerja yang selamat serta
mematuhi piawaian di bawah Akta Standard Minimum Penginapan dan
Perumahan Pekerja 1990 (Akta 446), pengurusan kes-kes pekerja positif dan
kontak rapat, saringan kesihatan serta langkah-langkah pencegahan penularan
pandemik COVID-19 di kalangan pekerja.

Berdasarkan amalan semasa, pekerja kontak rapat wajib dikuarantin dan tidak
dibenarkan bekerja sehingga kesemua pekerja kontak rapat disahkan bebas
COVID-19 selepas menjalani ujian saringan kesihatan.

Kini, inisiatif [email protected] akan membolehkan pekerja-pekerja kontak rapat untuk terus bekerja dalam situasi protokol baharu yang dinamakan Safe Work Bubble.

Pekerja-pekerja kontak rapat diasingkan daripada komuniti setempat dan
pekerja-pekerja lain sehingga kesemua pekerja kontak rapat disahkan selamat
daripada COVID-19 berdasarkan keputusan ujian saringan.

Kelebihan [email protected]

Inisiatif ini berupaya mengelakkan gangguan operasi syarikat dan mengurangkan impak terhadap produktiviti apabila terdapat kes positif COVID19 di premis perniagaan.

Kerajaan berpandangan bahawa komitmen dan sokongan daripada majikan adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para pekerja terjamin.

Usaha ini amat penting demi menyumbang kepada kelangsungan aktiviti ekonomi.

Insentif Potongan Cukai RM50,000 Untuk Syarikat

Sebagai galakan kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan [email protected], Kerajaan akan memberikan potongan cukai tambahan kepada syarikat di bawah sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan ke atas perbelanjaan sewaan premis asrama pekerja dan penyediaan kelengkapan berkaitan seperti CCTV, wearable tracking devices dan keperluan-keperluan asas lain selaras dengan SOP [email protected]

Perbelanjaan yang layak mendapat potongan cukai tambahan ini dihadkan kepada RM50,000 bagi setiap syarikat.

Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai 2020 / 2021 (e-Filing Individu)

Pelaksanaan Safe Work Bubble

[email protected] telah dirangka berdasarkan kepada sesi libat urus dan rundingan dengan pihak-pihak berkepentingan sektor awam dan swasta merangkumi Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Tenaga Kerja, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), persatuan-persatuan industri serta dewan-dewan perniagaan tempatan dan antarabangsa.

Beberapa aspek utama yang diberikan penekanan di bawah “Safe Work Bubble” adalah seperti berikut:

  1. Pewujudan Safe Work Bubble bagi pekerja kontak rapat di kawasan kilang dan premis penginapan pekerja;
  2. Penubuhan Pasukan Persediaan dan Tindakbalas Kecemasan COVID-19 (PERT) oleh pihak syarikat bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara mengurus kes-kes kecemasan;
  3. Proses sanitasi berterusan di premis perkilangan;
  4. Kebenaran penggunaan kenderaan pekerja dengan kapasiti penuh;
  5. Penyediaan dan pengurusan penginapan pekerja yang kondusif;
  6. Pelaksanaan saringan bersasar untuk pekerja sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan; dan
  7. Penyediaan saluran maklumat berkaitan tatacara kawalan pandemik daripada majikan kepada pekerja.

Tarikh Permohonan / Pendaftaran

Syarikat boleh membuat pendaftaran di COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) mulai 1 April 2021.

safe@work

Baca juga: CIMS MITI: Cara Permohonan Beroperasi Syarikat Dalam Tempoh PKP

Cara Permohonan

Permohonan / pendaftaran [email protected] boleh dilakukan secara online.

Sila rujuk panduan berikut:

A) Bagi Syarikat Yang BELUM Berdaftar di CIMS

  1. Layari laman web CIMS di https://notification.miti.gov.my/login
  2. Daftar dalam sistem CIMS.
  3. Log masuk sistem CIMS.
  4. Isi borang permohonan [email protected]
  5. Permohonan diproses dan disemak.
  6. Pengesahan pendaftaran.
  7. MITI mengesahkan pematuhan syarikat dalam SOP [email protected] (penilaian).
  8. Sijil akan diberikan kepada pemohon yang berjaya.
safe@work

B) Bagi Syarikat Yang TELAH Berdaftar CIMS

  1. Layari laman web CIMS di https://notification.miti.gov.my/login
  2. Isi borang permohonan [email protected]
  3. Permohonan diproses dan disemak.
  4. Pengesahan pendaftaran.
  5. MITI mengesahkan pematuhan syarikat dalam SOP [email protected] (penilaian).
  6. Sijil akan diberikan kepada pemohon yang berjaya.
safe@work

Maklumat Lanjut

Maklumat berkaitan inisiatif ini boleh didapati melalui Soalan Lazim (FAQ) di pautan berikut: https://www.miti.gov.my/miti/resources/safeatwork-faq.pdf

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan April & Cara Semakan Status Masuk Bank

parking depan rumah jiran

‘Parking’ Depan Rumah Jiran Boleh Kena Tindakan. Ini Cara Buat Aduan