SENARAI PELEPASAN CUKAI 2020 (INDIVIDU)
Berikut adalah senarai pelepasan cukai terkini bagi tahun taksiran 2020 yang dimaklumkan melalui laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Jenis Potongan Individu Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2020
1. Individu
Individu dan saudara tanggungan : RM9,000
Individu kurang upaya : RM6,000
2. Ibu Bapa
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – RM5,000 (Terhad)
ATAU
Ibu dan Bapa : RM3,000 (Terhad)
Terhad RM1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad RM1,500 bagi hanya seorang bapa
Peralatan Sokongan Asas : RM6,000 (Terhad)
(untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)
3. Yuran Pengajian
Yuran pengajian (Sendiri) : RM7,000 (Terhad)
- Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
- Peringkat sarjana dan doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian
4. Perubatan
Perbelanjaan perubatan : RM6,000 (Terhad)
- bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)
- bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri)
- pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad RM500)
5. Gaya Hidup
Gaya hidup : RM 2,500 (Terhad) -Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
- Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
- Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
- Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
- Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
Komputer / Tablet / Handphone: RM2,500 (Terhad)
Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan
(Pelepasan tambahan bagi perbelanjaan yang dilakukan dalam tempoh 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020)
6. Alat Penyusuan
Peralatan Penyusuan : RM1,000 (Terhad)
Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)
7. Yuran Taska / Tadika
Yuran Taska / Tadika : RM3,000 (Terhad)
Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar
8. SSPN
SSPN: RM8,000 (Terhad)
Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2020 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2020)
9. Tanggungan Isteri / Bekas Isteri / Anak
- Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri : RM4,000 (Terhad)
- Suami / Isteri kurang upaya : RM3500
- Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun : RM2,000
ATAU
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) : RM2,000
ATAU
Anak di IPT / Setaraf : RM8,000
*Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
- berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
- kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
ATAU
Anak Kurang Upaya : RM6,000
*Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
10. Insurans
Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji : RM7,000 (Terhad)
i) Kategori penjawat awam berpencen
– Premium insurans nyawa
ii) Kategori SELAIN penjawat awam berpencen
– Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
– Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)
- Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji : RM3,000 (Terhad)
- Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) : RM250 (Terhad)
11. Skim Persaraan Swasta
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) : RM3,000 (Terhad)
Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
12. Pelancongan Domestik
PELANCONGAN DOMESTIK : RM1,000 (Terhad)
Perbelanjaan perjalanan domestik – Perbelanjaan penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2020.
*Sumber: Laman web LHDN
RUMUSAN (Infografik LHDN)

Tanggungjawab Pembayar Cukai
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:
- Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)Pembayar cukai individu hendaklah menghantar secara e-Filing atau borang manual yang telah lengkap diisi pada atau sebelum;
i . Individu Pemastautin dan Bukan Pemastautin yang TIDAK menjalankan perniagaan: 30 April setiap tahun
ii. Individu Pemastautin dan Bukan Pemastautin yang Menjalankan Perniagaan:
30 Jun setiap tahun ke alamat berikut:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian
Jabatan Operasi Cukai
Menara Hasil Bangi
No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9
Karung Berkunci 222
43659 Bandar Baru Bangi
Selangor - Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.
- Mengira cukai pendapatan.
- Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.
- Membayar cukai kena dibayar.
Adakah Saya Layak Dikenakan Cukai?
Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
Baca juga: CIMS MITI: Cara Permohonan Beroperasi Syarikat Dalam Tempoh PKP
Apakah Yang Patut Saya Lakukan Jika Saya Layak Dikenakan Cukai?
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :
- Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
- Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
- Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.
Menyimpan Rekod Pelepasan Cukai 2020 & Tahun-tahun Sebelumnya
Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal berikut bersama BNCP, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:
- Borang EA/EC,
- Baucar dividen,
- Resit premium insurans,
- Resit pembelian buku,
- Resit perubatan,
- Resit derma,
- Resit pembayaran zakat,
- Sijil kelahiran anak,
- Sijil nikah,
- Dokumen-dokumen sokongan lain.
- Helaian kerja (jika ada)
- Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula dari akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.
Sistem Taksir Sendiri
Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.
Bayar : Potongan gaji bulanan bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian atau melalui bayaran secara ansuran bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan.
Taksir Sendiri: Membuat sendiri pengiraan cukai pendapatan.
Fail : Mengemukakan BNCP ke LHDNM dan bayaran baki cukai pendapatan jika terkurang bayar atau menuntut bayaran balik jika terlebih bayar.
Baca juga: CCID: Cara Check Scammer Online (Semak No Akaun & No Telefon)
Maklumat Lanjut Tentang Pelepasan Cukai 2020
Sekiranya tuan/puan mengalami masalah atau pertanyaan tentang pelepasan cukai 2020 / 2021, anda bolehlah menghubungi Hasil Care Line atau mana-mana Cawangan LHDNM terdekat untuk mendapatkan bantuan.
Talian Hasil Care Line adalah seperti dibawah;
Perkhidmatan Am | Talian |
Hasil Care Line | 03-8911 1000 603-8911 1100 (Luar Negara) |
Rujukan Segera | Talian |
Penggajian (Tiada Pendapatan Perniagaan) | 03-8911 1200 |
Perniagaan (Bekerja Sendiri / Perkongsian) | 03-8911 1300 |
e-Filing | 03-8911 1400 |
Bantuan Prihatin Rakyat / Bantuan Sara Hidup | 1800-88-2747 |
*Waktu perkhidmatan: Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi – 5.00 petang)