Cara Simpan Bil & Dokumen Penting Dalam Fail, Baru Mudah Nak Cari!

LELAKI KONGSI CARA SUSUN & SIMPAN BIL, DOKUMEN & MAKLUMAT PENTING DALAM FAIL PERIBADI, BARU MUDAH NAK CARI NANTI!

Kalau ada surat-surat penting atau dokumen, di mana kita simpan semua tu?

Tentunya ada tempat tertentu yang kita simpan untuk mudahkan kita mencarinya nanti, contohnya bila nak claim insurans atau cukai.

Cuma kadang-kadang bila dah banyak sangat dokumen dan surat-surat, semuanya dah bercampur-aduk dan kita pun mulalah pening nak asingkan.

Jadi di sini kami kongsikan sebuah posting menarik oleh Paan Zainudin di Facebook tentang cara beliau organize, simpan dan susun Fail Peribadi Keluarga.

Bolehlah kita jadikan rujukan dan panduan untuk susun fail-fail serta dokumen penting di rumah nanti.

Cara Simpan & Susun Fail Peribadi Keluarga

Assalamualaikum..

Dalam musim tengkujuh ni.. Terasa nak share cara simpan FAIL PERIBADI keluarga.

Ada yang berpendapat nak buat fail macam “qenyah”.
Bagi saya & isteri, sangat-sangat memudahkan urusan seharian kami & keluarga.
Dekat 3 tahun dah guna fail ni.. Dari sebelum kahwin
Ada dokumen baru ja terus masukkan ikut partitian yang berkaitan. Mudah untuk cari kemudian hari.

Ada yang buat fail peribadi tak?
Boleh tambah part mana yang patut.

Partition fail/ caption pada setiap gambar.

Saja guna warna yang berbeza supaya boleh hafal jenis fail berdasarkan warna.

Ada 2 fail lupa nak masukkan sekali ..
– Fail kesihatan & peribadi anak.

Jom tengok satu-persatu fail ini.

1. Fail Peribadi

Fail ni saya share dengan isteri.
Senang nak cari dokumen.

Antara kandungan isi :
– Surat Beranak
– Sijil Nikah
– Salinan IC
– Info peribadi

2. Fail Geran Tanah, Kediaman & Kenderaan

FAIL GERAN TANAH, KEDIAMAN & KENDERAAN

Partition :

  • Tanah & Rumah
  • Kereta
  • Motosikal

Segala dokumen perjanjian, surat-menyurat dan sebagainya saya masukkan dalam fail ni.

Tagging setiap partitian tu saya print guna printer sticker Niimbot B21.

cara simpan fail

3. Fail Pinjaman Peribadi

 FAIL PINJAMAN PERIBADI

Partitian :
– Pinjaman Peribadi
– Pinjaman Kerajaan

Perjanjian dan surat-menyurat berkenaan pinjaman saya masukkan. At least suami isteri tahu pasal dokumen ni.

cara simpan fail

4. Fail Akaun Bank

FAIL AKAUN BANK

Masing-masing suami isteri perlu tahu berkenaan bank peribadi sorang-sorang. Termasuklah 6 digit password.

Ya lah mana laa tahu ada kecemasan pada masa akan datang.
Setiap 3 / 6 bulan check penyata masing-masing.

cara simpan fail

5. Fail Cukai Pendapatan

 FAIL CUKAI PENDAPATAN

Geng kakitangan kerajaan mesti tahu bab simpan menyimpan dokumen untuk e-filing setiap tahun.

Saya “wujudkan” Dokumen Pengecualian Cukai ikut tahun.

Benda wajib saya simpan/ fotostat :
– Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
– Bil internet
– SSPN
– Resit Insuran
– Resit perubatan family
– Resit taska anak
– Resit pembelian barang (gaya hidup)
– Resit zakat
– dan lain-lain yang berkaitan

cara simpan fail

6. Fail Insurans

 FAIL INSURAN

Orang kata laa.. At least kalau jadi apa-apa dekat kita, family tau kita ambik insuran.

Segala agreement, penyata tahunan & surat berkenaan insuran saya masukkan dalam ni ikut tahun semasa.

Baca juga: Tips Dari Peguam Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang

7. Fail Bil & Resit Pembelian

FAIL BIL & RESIT PEMBELIAN

Bukan kaki simpan resit. At least resit yang nak diguna pakai untuk masa akan datang tahu nak ditaruk dekat mana daripada renyuk berlipat dalam dompet.

Saya simpan resit untuk tempoh 5 tahun sahaja.

Partitian fail resit :
– Resit & waranti barang elektrik / elektronik
– Resit & waranti perabot
– Bil & resit perkhidmatan
– Bil elektrik
– Bil air

Untuk bil elektrik dan air saya gunakan fail zip lock. Senang masukkan bil dalam tu. Simpan untuk setahun lepas tu buang

8. Fail Kesihatan

FAIL KESIHATAN

Fail ni berkenaan kesihatan family.
Bila sesiapa dalam family sakit, kami akan rujuk fail ni untuk tindakan lanjut.

Kandungan dalam fail ni termasuklah :
– Rekod/ laporan perubatan
– Janji temu perubatan
– Surat-menyurat
– Resit perubatan

Tahun ni saya sekeluarga diuji dengan jangkitan Covid19. Segala surat/ dokumen kuarantin saya masukkan dalam fail ni. 

9. Fail Peribadi Anak

 FAIL PERIBADI ANAK

Saya dan isteri wujudkan fail untuk anak. Mudah nak rujuk sampai diorang besauu..

Partition :
– Maklumat diri
(Sijil kelahiran, pengesahan kelahiran & salinan mykid)

– Kesihatan
(Maklumat perkembangan & kesihatan anak. Resit perubatan anak simpan dalam fail zip lock)

– Simpanan & Kewangan
(Penyata akaun anak dan berkenaan wang simpanan anak. Setiap tahun kann kutip duit raya untuk anak. Jadi memang ada tempat nak disimpan)

– Pendidikan
(Walaupun anak masih kecil, untuk masa akan datang.. Anak dah nak start sekolah. Daftar dan sebagainya.) 

Baca juga : Tak Payah Ke Kaunter, Ini Cara Simpan Duit Anak Ke Tabung Haji Tanpa Caj!

MUAT TURUN SOFTCOPY FREE COVER & PARTITION FAIL PERIBADI

Tak dijangka jugak post saya yang ni menerima respon orang ramai.

Setelah menerima ratusan mesej di messenger facebook dan DM Instagram. Rata-rata yang mesej saya nak request softcopy cover dan partitian fail peribadi ni.
Ramai juga yang siap nak beli set cover ni.
Kalau dah jual confirm saya kaya kahkah..

Tapi dengan ikhlas saya nak share secara PERCUMA sahaja. Ikhlas kerana Allah Ta’ala.
Doakan saya & keluarga sihat walafiat dan dilapangkan segala urusan. Begitu juga urusan umat Islam yang lain.

Boleh download melalui link di bawah

https://drive.google.com/drive/folders/1TFFRgQj7L4EXqwv6TCRUUSnHtrDedWVa?usp=sharing

Just download fail PDF daripada Google Drive dan print. Saya takda la design yang rancak-rancak. Saya buat se”minimalis” mungkin. Lagi simple lagi tak serabut

Better setiap partition print kertas A4 berwarna. At least boleh bezakan setiap partitian dan dokumen.

Setiap dokumen yang saya masukkan dalam fail saya gunakan plastik dokumen (clear sheet protector). Saya tak tebuk lubang untuk jaga kualiti dokumen.

Tulang fail saya tak buat sebab saya pun tak sure jenis fail apa yang tuan/ puan akan gunakan.

TQ

*Sumber: Facebook Paan Zainudin (https://www.facebook.com/100000333163923/posts/4454034801284248/?d=n)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: