Resepi Kuih Lompang Gula Melaka. Si Lembut Berlesung Pipit!
Ramai yang tertanya-tanya perbezaan diantara Kuih Lompang dan juga Kuih Kaswi?
Perbezaan diantara kedua kuih ini ialah, Kuih Lompang perlu dituang di dalam bekas-bekas kecil untuk menghasilkan lubang / lesung pipit di tengah.
Fungsi lubang ditengah itu adalah untuk mengisi parutan kelapa yang telah di gaulkan dengan sedikit garam.
Manakala Kuih Kaswi pula, hanya perlu di tuang di dalam loyang, setelah itu perlu dipotong kecil serta perlu di golekkan di atas kelapa parut yang disediakan.
Untuk membuat Kuih Lompang ini, tidak lah serumit yang di fikirkan.
Bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati dan hanya 6 bahan sahaja untuk menghasilkan kuih yang sedap.
Disini, kami ingin berkongsikan kepada anda cara dan resepi Kuih Lompang Gula Melaka yang lembut dan sedap ini.
Jom cuba Resepi Biskut Cip Coklat Ala Famous Amos. ‘Confirm’ Jadi!
Kredit: Shah Shatry