Bayaran i-Sinar Mulai Hari Ini Bagi Permohonan Sebelum 25 Februari

BAYARAN ISINAR MULAI 2 MAC 2021

KUALA LUMPUR: Permohonan kemudahan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat mulai, hari ini (2 Mac 2021).

Perkara itu turut membabitkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang berstatus tidak lulus, sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dilaksanakan.

KWSP dalam satu kenyataan, meminta pemohon bersabar kerana proses meluluskan permohonan itu sedang berjalan.

Status terkini dan permohonan baharu boleh disemak pada tarikh berikut:

Baca juga: Dividen TH 2021: Tabung Haji Umum Keuntungan 3.10% Bagi Tahun 2020

Proses Kelulusan & Bayaran iSinar Tanpa Syarat Sedang Berjalan Secara Berperingkat

“Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya,” menurut kenyataan itu.

Pada 11 Februari lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilaporkan sebagai berkata, KWSP dalam proses memansuhkan syarat permohonan i-Sinar atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemansuhan syarat i-Sinar itu akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1, tertakluk kepada baki.

Sementara itu, permohonan baharu kemudahan i-Sinar tanpa syarat akan dibuka mulai 8 Mac ini bagi semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli.

Perkara itu turut membabitkan ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.

Permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dan selepas tempoh itu, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.

bayaran isinar

Cara Semakan Status Bayaran iSinar

Cara Semakan Status iSinar Melalui i-Akaun

Bagi anda yang dah install i-Akaun di telefon bimbit, bolehlah check terus melalui apps tersebut.

  1. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/
  2. Login ke i-Akaun menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak bahagian WITHDRAWAL
  4. Klik WITHDRAWAL HISTORY
  5. Status permohonan iSinar akan dipaparkan beserta maklumat tarikh pembayaran

Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan akan dipaparkan

Permohonan Baharu & Pindaan Amaun i-Sinar (Yang Tersilap Tarik) Mulai 8 Mac 2021

Bermula 8 Mac juga, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Baca juga: KWSP Umum Dividen 5.20% Bagi Tahun Kewangan 2020

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 dan bagi pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

Sumber: Berita Harian Online

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: