Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2023 Pesara Kerajaan (Jadual Bulanan)

Hebahan Jadual / Tarikh Bayaran Pencen 2023

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tarikh bayaran pencen bulanan bagi pesara kerajaan setiap tahun baharu akan dimaklumkan melalui surat pekeliling.

Pengumuman tarikh pencen 2023 setiap bulan kepada semua pesara secara rasmi oleh Kerajaan ini adalah bagi memastikan penyediaan bayaran pencen kepada pesara dapat diuruskan dengan sempurna dan pencen dibayar mengikut tarikh seperti yang telah ditetapkan.

Untuk makluman semua pesara dan penerima pencen terbitan / waris, berikut dikongsikan Jadual Pembayaran Pencen Bagi Tahun 2023 sebagai rujukan bersama.

Sumber: https://www.facebook.com/bahagian.pasca.perkhidmatan

Sila cetak Jadual ini dalam versi imej (JPG) di bawah ini atau ‘save’ terus di dalam handphone untuk rujukan nanti.

NOTA: Bayaran pencen melalui Skim B (pesara perlu hadir ke bank untuk membuat tuntutan pencen) boleh ditukar kepada Skim A Berwakil (pengkreditan terus ke akaun bank pesara) dengan mengemukakan Borang Permohonan Pelantikan Wakil Skim A (JPA.BP.SKP.B08) yang telah lengkap berserta dokumen sokongan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan

TARIKH BAYARAN PENCEN BULANAN BAGI TAHUN 2023

​BULAN​TARIKHHARI​​CATATAN
​JANUARI​16.01.2023​ISNINTahun Baru Cina
22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)
​FEBRUARI20.02.2023​ISNIN
​MAC20.03.2023​ISNIN
​APRIL13.04.2023KHAMIS​Hari Raya Puasa 
22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)
​MEI18.05.2023KHAMISHari Pesta Kaamatan 
30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)
​JUN19.06.2023​ISNINHari Gawai 01 & 02 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)

Hari Raya Haji
29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)
​JULAI​20.07.2023KHAMIS​-
​OGOS​21.08.2023ISNIN​-
​SEPTEMBER​21.09.2023​KHAMIS​-
​OKTOBER​19.10.2023KHAMIS
​NOVEMBER​20.11.2023​ISNIN​Hari Deepavali
12 November 2023 (Ahad)
​DISEMBER​14.12.2023​KHAMIS​Hari Kri​smas
25 Disember 2023 (Isnin)​​

Bantuan Khas Kewangan Pesara 2023

Kerajaan melalui Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, telah bersetuju dengan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 kepada:

• Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah dan

• Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen

Tarikh bayaran akan dibuat pada 17 Januari 2023.

bantuan khas kewangan bkk 2023

Rujukan:

Surat Edaran JPA.800-3/2/4 (17) bertarikh 27 Disember 2022 di pautan https://tinyurl.com/yc8jbsnj

Sila klik di sini untuk Cetakan Penyata Pencen & Semakan Penyata Pencen Online Pesara Kerajaan 2022 & Kenaikan Tahunan 2%

Baca juga:

Maklumat Lanjut Tentang Tarikh Pencen 2023

Untuk maklumat lanjut berkaitan hal ehwal pencen, sila rujuk Portal Pencen JPA di http://www.jpapencen.gov.my/ atau telefon 603 8887 8777 atau e-mel [email protected] atau Facebook Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN).

PENJAWAT AWAM

Semua urusan operasi dan pemprosesan dokumen pencen penjawat awam hendaklah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Persaraan, KWAP beralamat di:

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Jabatan Perkhidmatan Persaraan, Aras 2, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Selangor
Koordinat GPS: 2°56’11″N 101°39’15″E
Telefon: 03 – 8887 8777
Emel: [email protected]

VETERAN ATM

Semua urusan operasi dan pemprosesan dokumen pencen veteran ATM hendaklah dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Veteran, Kementerian Pertahanan beralamat di:

Jabatan Hal Ehwal Veteran, Kementerian Pertahanan, Medan Tuanku, Level 3, Jalan Tunku Abdul Rahman, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Peersekutuan Kuala Lumpur.
Telefon: 03 – 2050 8000
Faks: 03 – 2691 7564
Emel: [email protected]

Aplikasi MyPESARA

Bagi yang belum tahu, semua pesara / penerima pencen / waris pesara Kerajaan boleh menggunakan Aplikasi MyPesara di Google Playstore dan Apple Appstore secara percuma.

Anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai hal ehwal persaraan dan informasi terkini, serta semak dan kemaskini status pencen kini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, setiap masa, di hujung jari anda!

Muat turun MyPesara di pautan berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: