Cara Check Baki Tabung Haji Melalui Maybank2u & Transfer Online
Cara Semak Baki Tabung Haji di Maybank2u & Transfer Duit Simpanan
Nak masuk tahun baru ni mungkin ramai antara kita yang berazam nak simpan duit dan pasang niat nak pergi Haji.
Jadi, simpanan di Tabung Haji adalah penting dan ia juga adalah patuh syariah.
Ramai pengguna Maybank boleh manfaatkan kemudahan perbankan online dan buat urusan secara direct dari Maybank2u ke Tabung Haji dengan mudah.
Di sini kami kongsikan cara untuk semak baki akaun Tabung Haji melalui Maybank2u serta cara nak buat urusan keluar dan masuk dari Maybank2u ke Tabung Haji dan sebaliknya.
Cara Check Baki Tabung Haji Di Maybank2u
Bagi yang dah biasa transfer melalui laman web Maybank, mungkin ramai yang terkejut sebab tiba-tiba bila tengok dekat Menu tu dah tak ada link untuk Tabung Haji.
Sebenarnya kita kena buka laman web Maybank2u yang baru tu, baru ade option Tabung haji.
Berikut adalah langkah semakan baki Tabung Haji melalui Maybank2u yang baru / terkini:
- Buka laman web Maybank2u yang baru https://www.maybank2u.com.my/ (Pastikan laman web yang baru, boleh rujuk gambar di bawah)
- Login macam biasa (masukkan ID dan password).
- Skrol ke bawah nanti akan ada jumpa Akaun Tabung Haji
Ini laman web Maybank2u yang baru. Boleh login dari sini.
Bila dah login nanti skrol ke bawah akan jumpa link ke Tabung Haji ni.
Tekan link tu dan maklumat Akaun Tabung Haji akan dipaparkan.
Cara Transfer Dari Maybank2u Ke Tabung Haji
Untuk transfer duit dari Maybank2u ke TH, boleh ikut langkah berikutnya:
Mula-mula pastikan kita login ke laman web Maybank2u yang baru.
Macam ni pun boleh. Tekan titik 3 tepi Basic Saving tu, kemudian tekan Transfer Funds
Nanti akan keluar paparan begini.
Bolehlah kita masukkan amaun untuk simpan di Akaun Tabung Haji atau jika ada keperluan mendesak, kita boleh keluarkan bila-bila masa saja tanpa perlu ke kaunter.
Jadi kita boleh pilih TH to MAYBANK OWN ACCOUNT TRANSFER atau sebaliknya.
Selesai!
Cara Daftar TH Di Maybank2u Untuk First Time User
Kalau rasa macam tak pernah daftar, bolehlah kita aktifkan akaun TH di Maybank2u di ATM saja.
Caranya mudah saja:
- Pergi ke mana-mana ATM Maybank
- Masukkan kad dan tekan nombor Pin.
- Pilih ATM (kalau mesin CDM/ATM)
- Pilih menu TABUNG HAJI
- Pilih PENDAFTARAN AKAUN TH
- Masukkan nombor akaun TH
- Buat pengesahan nombor akaun.
- Akhir sekali akan keluar slip untuk menunjukkan transaksi berjaya.
Akaun Tabung Haji anda telahpun berjaya didaftarkan di Maybank2u.
Mudah & Cepat!
Mudah je kan?
Lepas ni dah tak payah ulang alik ke TH untuk masukan duit.
Rasanya Apps Maybank2u antara yang paling senang untuk berurusan setakat ini, nak check baki ASB pun boleh!
Kalau nak tahu cara check ASB melalui Maybank2u, boleh refer artikel ini: Cara Semak Baki ASB Online Melalui Maybank (Maybank2U). Guna ATM Pun Boleh!
Konsisten Simpan sebulan RM100 cukup 12 bulan dah dapat RM1,200. Kalau darab 5 tahun insha Allah dah lepas pegi Umrah, dan seterusnya boleh pergi Haji.
Jom sama-sama menabung dan berjimat-cermat, terutamanya dalam tempoh pandemik ini!