Pakej 5G RAHMAH: Pelan Internet & Promosi Telefon Pintar 5G

Pakej 5G RAHMAH: Pelan Data Postpaid Terendah & Promosi Telefon Pintar 5G ~ Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia!

Pada 7 Ogos 2023, Kementerian Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah mengumumkan satu inisiatif baru untuk seluruh rakyat Malaysia amnya. 

Beliau telah mengumumkan pelan perkhidmatan internet dengan harga terendah untuk rakyat Malaysia, iaitu Pakej 5G RAHMAH. 

Nak tahu apa itu Pakej 5G RAHMAH, teruskan membaca perkongsian di bawah. 

Pakej 5G RAHMAH

BACA JUGA: Pakej Rahmah Allo – Harga Dan Perincian Pakej, Cara Langgan

Pengenalan Pakej 5G RAHMAH

Dalam satu kenyataan media, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat serta dua syarikat pengeluar peranti bakal menawarkan Pakej 5G RAHMAH dan insentif postpaid RAHMAH penjawat awam. 

Kedua-duanya adalah merupakan pakej perkhidmatan internet yang lebih murah berbanding pakej sedia ada di pasaran Malaysia. 

Inisiatif ini  selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat dan sekaligus membuktikan keseriusan Kerajaan Perpaduan dalam usaha merapatkan jurang digital. 

Dengan adanya inisiatif ini, rakyat Malaysia boleh mendapatkan rangakain internet berkualiti dengan harga berpatutan.

Rujuk kenyataan media lengkap oleh Kementerian Komunikasi dan Digital di bawah.

Pakej 5G RAHMAH

Pada 29 Ogos 2023 baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil melancarkan Pakej 5G RAHMAH & Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam di Putrajaya.

Pelan Data Postpaid & Promosi Telefon Pintar 5G 

Melalui Pakej 5G RAHMAH, rakyat Malaysia berpeluang untuk berpeluang menikmati perkara berikut:

  • Pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan (untuk semua rakyat) bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2023.
  • Telefon pintar jenama Samsung A14 5G & Honor 90 Lite 5G berharga RM240 (untuk semua rakyat) dengan kelajuan data minimum 60GB.
  • 100,000 pelanggan terawal akan nikmati harga telefon serendah RM120 (untuk B40)
  • Rebat sebanyak RM10 sebulan untuk semua penjawat awam Malaysia melalui Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam bagi tempoh 12 bulan bermula 16 September hingga 31 Disember 2023.
Pakej 5G RAHMAH: Pelan Internet  & Promosi Telefon Pintar 5G

BACA JUGA: MyKasih – Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR B40

Tarikh Pembelian PAKEJ 5G RAHMAH

Pakej 5G RAHMAH ini boleh didapati bermula 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan dan menawarkan tempoh waranti 2 tahun berbanding hanya 1 tahun sebelum ini untuk peranti yang dibeli.

Cara Permohonan / Pendaftaran Pakej 5G Rahmah

Untuk pembelian dan pendaftaran, pakej ini ditawarkan melalui 2 cara berikut:

  1. Bersemuka di pusat jualan telco
  2. Dalam talian melalui sesawang telco yang terlibat
Pakej 5G RAHMAH

Syarikat Penyedia Perkhidmatan & Peranti Terlibat

Syarikat penyedia perkhidmatan (Telco) yang terlibat ialah:

  • CelcomDigi
  • Maxis
  • U Mobile
  • TM (Unifi Mobile)
  • YTL Communications (YES)

Manakala, syarikat pengeluar telefon yang terlibat pula ialah:

  • Samsung Malaysia Electronics
  • Honor Malaysia

Senarai Pakej Telco & Telefon Pintar

A. Berikut ialah senarai pakej yang ditawarkan mengikut syarikat penyedia perkhidmatan:

1.YES PASCABAYAR

pakej 5g rahmah
pakej 5g rahmah

2. UNIFI PASCABAYAR

pakej 5g rahmah

3. UMOBILE U POSTPAID

4. PAKEJ RAHMAH MAXIS

5. PAKEJ RAHMAH CELCOM

6. PAKEJ RAHMAH DIGI

B. Berikut pula ialah jenama & spesifikasi telefon pintar yang ditawarkan:

  • Samsung A14 5G
    • Storan 128GB
    • Memori (RAM) 6GB
    • Harga pasaran : RM949
    • Harga Pakej Rahmah 5G : RM240

  • Honor 90 Lite 5G
    • Storan 256GB
    • Memori (RAM) 6GB
    • Harga pasaran : RM1099
    • Harga Pakej Rahmah 5G : RM240
Pakej 5G RAHMAH
Pakej 5G RAHMAH
Pakej 5G RAHMAH

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut dan update terkini, anda boleh  ikuti media rasmi Kementerian Komunikasi dan Digital (Facebook) atau  Kementerian Komunikasi dan Digital @kkd_gov (Twitter). 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: