Abby Abadi Diterpa Kontroversi Baru? – Biodata Suami & Anak

Siapa sahaja yang tidak mengenali Abby Abadi, seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan juga personaliti media sosial terkenal di Malaysia. 

Walaupun pelbagai kontroversi menerpa kehidupannya dalam dunia hiburan, namun beliau masih kekal aktif di media sosial khususnya dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. 

BACA JUGA: Penyanyi Era 1980-an, Aman Shah Meninggal Dunia

Biodata Abby Abadi

Abby Abadi

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan telah dilahirkan pada 1 Disember 1977. Ini bermakna pada tahun 2023 ini, beliau bakal berumur 46 tahun. 

Ibu kepada 6 orang anak (3 anak kandung, 3 anak angkat) ini adalah seorang bekas pelakon, pengacara dan juga penyanyi. Kini beliau aktif dalam dunia perniagaan dan juga media sosial. 

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik sebagai salah seorang daripada ahli kumpulan Elite. Selain itu, beliau juga pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim. 

Beliau memulakan kerjaya lakonannya dalam drama bersiri Gerak Khas yang disiarkan di TV2 sebagai salah seorang daripada enam pelakon asalnya sejak drama ini mula diperkenalkan. Dengan memegang watak sebagai Inspektor Aleza, lakonan beliau berjaya meninggalkan kesan kepada peminat drama bersiri tersebut sehingga sekarang. 

Abby Abadi

Abby Abadi pernah berkahwin dengan aktor Norman Hakim dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Walaubagaimanapun, mereka telah disahkan bercerai pada tahun 2009. 

Kini, beliau melayari rumah tangga dengan suami barunya dan turut mengambil 3 orang anak angkat; Muhammad Dayyan Fayyad, Maisara Dayana Fathiah, Maira Darda Farisa. 

Biodata Suami Abby Abadi

Abby Abadi

Siapakah suami Abby Abadi?

Setelah bercerai dengan Norman Hakim, Abby Abadi telah melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan hatinya, Jai Ezzany atau nama sebenarnya, Muhammad Faizal Zakaria di Masjid As-Sobirin, Keramat, Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2015. 

Ini adalah merupakan perkahwinan ketiga Abby setelah bercerai dengan suami sebelum ini, Muhammad Noor Farhan Che Bakar. 

Muhammad Faizal Zakaria adalah merupakan seorang bekas wartawan Harakah Daily dan kini bekerja dalam bidang keusahawanan dan perkhidmatan. 

Biodata Mohamed Danish Hakim – Anak Abby Abadi

Abby Abadi

Mohamed Danish Hakim adalah merupakan anak sulung lelaki Abby Abadi bersama bekas suaminya, Norman Hakim. Pada usia 15 tahun, beliau telah berjaya menghafaz al-Quran.

Kini anak lelaki bekas pelakon Gerak Khas ini telah mencapai usia 20 tahun, pada tahun 2023 ini.  

Biodata Marissa Dania Hakim

Abby Abadi

Marissa Dania Hakim adalah merupakan anak kedua, adik kandung kepada Mohamed Danish Hakim. Marissa telah dilahirkan pada 7 Julai 2005, dan kini berusia 18 tahun (2023). 

Marissa Dania memang terkenal dengan kejelitaannya seperti ibunya dan telah mencapai populariti yang cukup tinggi di media sosial. 

BACA JUGA: Kisah Jimmy Savile, Selebriti Pedofil Yang Menodai Lebih 400 Mangsa

Biodata Maria Danisha Hakim

Abby Abadi

Maria Danisha Hakim pula adalah merupakan anak ketiga hasil perkahwinan Abby Abadi dan Norman Hakim. Berbeza sedikit dengan kakaknya, anak bongsu Abby Abadi ini kelihatan lebih pemalu dan tidak terlalu gemar menonjolkan diri dalam media sosial. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: