in

Kad Vaksin Sah Digunakan Sementara Peroleh Sijil Digital MySejahtera

ADVERTISEMENT

Individu Lengkap Vaksin Sah Guna Kad Fizikal Sementara Peroleh Sijil Digital MySejahtera & Individu Tiada Telefon Pintar

KUALA LUMPUR: Kad peringatan vaksin (VRC) yang diterima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) selepas lengkap dua dos vaksin adalah sah sementara MySejahtera menyelesaikan isu kemas kini sijil digital vaksin COVID-19.

ADVERTISEMENT

Pharmaniaga melalui kenyataan pada Ahad memaklumkan, penerima vaksin Sinovac yang lengkap dua dos vaksin tetapi belum mendapat sijil digital akan menikmati keistimewaan sama dalam penggunaan kad vaksin itu.

Menurut Pharmaniaga, kad peringatan vaksin merupakan prasyarat untuk proses pendaftaran vaksin yang ditetapkan oleh Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional (NPRA).

“Penggunaan VRC diwajibkan oleh Jawatankuasa Khas Penyediaan Vaksin COVID19 (JKJAV) semasa proses vaksinasi kerana mengandungi maklumat penting seperti tarikh vaksinasi dan vaksin yang diterima,” katanya kenyataan tersebut.

Menurut JKJAV dalam pengumuman yang dibuat pada 23 Julai lalu, individu yang belum mendapat sijil digital dalam aplikasi MySejahtera mereka boleh menggunakan VRC sebagai bukti penuh status vaksinasi sehingga pasukan MySejahtera menyelesaikan isu tersebut.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengarahkan pasukan MySejahtera untuk menyelesaikan semua masalah berkaitan kemas kini sijil digital dalam masa seminggu.

Baca juga:

Justeru, Pharmaniaga mengingatkan, individu yang tidak memiliki telefon pintar, sama ada mereka yang tidak mahir secara teknikal atau yang tinggal di kawasan terpencil, adalah sangat penting bagi mereka untuk menjaga kad vaksinasi fizikal mereka dengan selamat.

Ini kerana, ia adalah satu-satunya bukti bahawa mereka telah menerima vaksinasi lengkap.

“Dengan penjelasan ini, Pharmaniaga berharap ini dapat meredakan kebimbangan masyarakat terhadap isu tersebut.

“Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan atas sokongan mereka membantu menyelesaikan masalah ini, dan juga orang ramai atas kesabaran mereka,” jelas kenyataan itu lagi.

Rujuk kenyataan penuh Pharmaniaga dalam siaran media di bawah:

Sumber: Astro Awani / Pharmaniaga

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

IPT Dibuka Bagi Pembelajaran Fizikal Bermula 15 Oktober 2021

cara dapatkan semula gambar terpadam di whatsapp

Cara Dapatkan Semula Gambar Yang Terpadam Di Whatsapp