in

Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu / Roadtax Dari 1 April – 31 Mei

ADVERTISEMENT

PENGECUALIAN RENEW LESEN MEMANDU (LM) DAN ROADTAX / LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) PERSENDIRIAN DARI 1 APRIL HINGGA 31 MEI 2021 – MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan PKP Pemulihan masih dilaksanakan, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengambil keputusan melanjutkan pengecualian bagi tujuan perbaharui Lesen Memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Persendirian yang akan berkuatkuasa mulai 1 April hingga 31 Mei 2021.

ADVERTISEMENT

Namun, para pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan (e-cover note insurans) mereka kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta.

Baca juga: mySIKAP: Cara Renew Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter

Perkara tersebut telah dimaklumkan menerusi kenyataan media oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang dimuatnaik di Facebook sebentar tadi.

Perincian bagi penguatkuasaan pengecualian renew lesen / road tax adalah seperti berikut:

Menurut kenyataan itu lagi, jika LM (lesen memandu) dan LKM (lesen kenderaan motor / roadtax) telah tamat tempoh antara tarikh 1 Februari sehingga 31 Mac 2021, ia perlulah diperbaharui dalam tempoh 60 hari bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021.

Individu yang LM dan LKM mereka tamat tempoh pada mana-mana tarikh antara 1 April sehingga 31 Mei 2021 pula hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2021.

Namun jika LM atau LKM yang tamat tempoh bagi Pengecualian Pertama (1 Februari hingga 31 Mac 2021) ia perlu diperbaharui dalam tempoh 60 hari seperti yang dinyatakan, iaitu bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021.

Berikut adalah kenyataan penuh oleh Menteri Pengangkutan :

pengecualian renew lesen
pengecualian renew lesen roadtax

*Sumber: Ministry of Transport Malaysia

Maklumat Lanjut

Kementerian Pengangkutan Malaysia
No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4, 62100 W.P. Putrajaya

03-8000 8000
03-8888 0158

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Menara KL Tawar Tiket Percuma & Promosi Hingga 16 April 2021

Contoh Surat Kebenaran Majlis Perkahwinan / Kenduri Ketika PKP