Tips Elakkan Tong Sampah Berair Dan Berbau. Hanya Guna Sarung Telur!

Kadang-kadang bila terlalu penat sangat bekerja atau menguruskan harian rumah sehingga terlupa hendak membuang sampah.

Bila bangun sahaja dari tidur terus terhidu bau sampah satu rumah. Bukan itu sahaja, siap sekali dengan “pakej” berair lagi sampah itu.

Jangan risau, bagi menyelesaikan masalah sampah yang berbau dan berair ini, seorang pengguna Facebook iaitu Nur Husna Shaikun telah berkongsikan tips untuk mengelakkan sampah sisa makanan yang berbau busuk dan berair dengan hanya menggunakan sarang telur sahaja.

Berikut adalah tips dan langkah untuk mengelakkan bau busuk sampah dan berair yang di kongsikan oleh Nur Husna Shaikun.

  1. Ambik sarung telur terpakai dan ukur pada bahagian bawah tong sampah.
Jangan Buang Bekas Telur, Boleh Guna Elak Sampah Bau Satu Rumah & Berair 2

2. Potong sarung telur mengikut saiz tong sampah anda.

3. Kemudian, masukkan plastik sampah dan lapik pula dengan sarung telur yang sudah dipotong tadi. Fungsinya adalah untuk menyerap air dan bau.

TIPS SANGAT BERGUNA!

Menjengah pula ke ruangan komen, nampaknya ramai juga dikalangan warganet yang sudah mencuba tips ini.

Semuanya amat berpuas hati dengan tips penggunaan bekas telur dimana tong sampah mereka kurang berair dan kurang berbau.

Daripada dibuang sahaja bekas telur ini, ada juga kegunaanya yang dapat memberi manfaat bukan?

Sumber: Nur Husna Shaikun.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: