in

Urus Niaga ASNB Akan Ditangguhkan Dari 4 Hingga 7 Jun 2022

ADVERTISEMENT

Pastikan keperluan tunai mencukupi sepanjang tempoh penangguhan operasi ASNB secara manual di kaunter-kaunter dan semua platform online iaitu pada 4 hingga 7 Jun 2022.

Ini kerana ASNB akan melaksanakan proses migrasi ke sistem baharu bagi meningkatkan pengalaman pelaburan para pelabur.

ADVERTISEMENT

Laksanakan transaksi ASNB anda sebelum 3 Jun 2022.

Pelabur yang ingin membuat pengeluaran secara dalam talian, buatlah transaksi lebih awal agar pembayaran dapat diterima sebelum tarikh penangguhan.

Tarikh Penangguhan Urusniaga ASNB

Tarikh urus niaga terakhir bagi semua unit amanah adalah pada 3 Jun 2022 kecuali bagi ASN Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 3 Global dan ASN Sara 2 yang berakhir lebih awal iaitu pada 2 Jun 2022.

Penangguhan urus niaga ini melibatkan semua unit amanah ASNB di semua saluran ASNB iaitu kaunter cawangan ASNB dan ejen-ejen seluruh negara serta saluran
elektronik dan dalam talian termasuk portal dan aplikasi myASNB, perbankan internet ejen-ejen iaitu Maybank2u, CIMB Clicks, RHBNow, Affinonline, AmOnline dan HLB Connect, mesin kiosk di cawangan ASNB serta Mesin Juruwang Automatik (Automated Teller Machine) di Maybank
dan CIMB Bank.

Urus niaga di semua saluran iaitu kaunter dan platform dalam talian akan dibuka semula pada 8 Jun 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, pemegang unit boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 atau e-mel kepada [email protected]

Rujuk kenyataan akhbar: https://asnb.my/KAMigrasi

Baca juga: Cara Keluarkan Duit ASB Online

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Johny Depp Menang Saman Fitnah 15 Juta USD Terhadap Amber Heard

pt3 dimansuhkan

PT3 Dimansuhkan Mulai Tahun 2022 – KPM