Cara Keluarkan Duit ASB Online, Dah Tak Payah Pergi Bank Lagi

Mungkin ramai yang excited nak keluarkan duit ASB awal tahun nanti, terutamanya bila dah dapat dividen.

Malas nak bersesak, ada sesetengah cawangan yang tutup, bank pula sentiasa penuh dengan manusia kan?

Jadi, di sini kami nak kongsikan sebuah posting dari Nabilah Fairuz tentang cara keluarkan duit ASB online melalui Portal ASNB.

Cara Keluarkan Duit ASB Online Melalui Portal myASNB

Jom tengok langkah-langkah keluarkan duit asb online di bawah:

  1. Daftar dulu sebagai pengguna jika anda pertama kali menggunakan Portal myASNB.
    Tekan DAFTAR dan isikan maklumat pengguna
    (Boleh rujuk langkahnya di artikel ini: MyASNB: Cara Daftar ASB Online, Semak Penyata, Dividen & Pengeluaran)
  2. Login macam biasa bila dah daftar. Masukkan ID dan KATA LALUAN.
  3. Klik menu PORTFOLIO
  4. Klik butang TRANSAKSI (rujuk gambar di bawah)
  5. Pilih JUALAN BALIK
  6. Baca dan fahamkan notis PENGISYTIHARAN.
  7. Masukkan jumlah berapa RM yang kita nak keluarkan duit ASB tu.
  8. Tandakanpada kotak Pengesahan.
  9. Tekan butang TERUSKAN
  10. Klik PERMINTAAN TAC dan anda akan menerima SMS dengan nombor TAC.
  11. Masukkan nombor TAC yang diterima itu.
  12. Pengesahan transaksi yang berjaya akan dipaparkan.
  13. Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam masa 2-3 hari bekerja.
  14. Selesai!

NOTA: Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

*Rujuk langkah bergambar di bawah:

pengeluaran myasnb
keluarkan duit asb online
keluarkan duit asb online
pengeluaran asb online
pengeluaran asb online

Had Maksimum Pengeluaran ASB Online

Had Pengeluaran ASB Online

  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM2000 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
  • Bilangan jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
  • Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

*Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.

Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac:

TarikhUnit AmanahJumlah Jualan BalikBaki Jualan Balik yang dibenarkan bulan MacStatus urus niaga
18/3ASBRM1,000.00RM1,000.00Berjaya
16/3ASB 3 DidikRM1,000.00RM0.00Berjaya
22/3ASNRM500.00RM0.00Tidak berjaya

Urus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum RM2,000.00 bagi bulan Mac.

Baca juga: Cara Semak Baki ASB Online Melalui Maybank (Maybank2U). Guna ATM Pun Boleh!

Waktu Urusniaga

Sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:

  • Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang, waktu tempatan
  • Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang, waktu tempatan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang pengeluaran ASB online atau cara keluarkan duit ASB di bank dan kaunter, sila rujuk laman web rasmi myASNB dan baca Soalan Lazim (FAQ) di SINI.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 atau e-mel [email protected].

Jadi dah tak perlu ke bank dan beratur atau bersesak dengan orang ramai, semua dihujung jari sahaja!

*Kredit: FB Fairuz Nabilah

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: