in

Tarikh Bayaran Pencen 2021 Untuk Pesara Kerajaan (Jadual Bulanan)

tarikh pencen 2021
ADVERTISEMENT

Hebahan Jadual / Tarikh Bayaran Pencen 2021

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tarikh bayaran pencen bulanan bagi pesara kerajaan setiap tahun baharu akan dimaklumkan melalui surat pekeliling.

Pengumuman tarikh gaji pencen 2021 setiap bulan kepada semua pesara secara rasmi oleh Kerajaan ini adalah bagi memastikan penyediaan bayaran pencen kepada pesara dapat diuruskan dengan sempurna dan pencen dibayar mengikut tarikh seperti yang telah ditetapkan.

Untuk makluman semua pesara dan penerima pencen terbitan / waris, berikut dikongsikan Jadual Pembayaran Pencen Bagi Tahun 2021 sebagai rujukan bersama.

tarikh pencen 2021

Sila cetak Jadual ini dalam versi imej (JPG) di bawah ini atau ‘save’ terus di dalam handphone untuk rujukan nanti.

NOTA: Bayaran pencen melalui Skim B (pesara perlu hadir ke bank untuk membuat tuntutan pencen) boleh ditukar kepada Skim A Berwakil (pengkreditan terus ke akaun bank pesara) dengan mengemukakan Borang Permohonan Pelantikan Wakil Skim A (JPA.BP.SKP.B08) yang telah lengkap berserta dokumen sokongan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan

Bonus Hari Raya Aidilfitri 2021

Selain itu, dimaklumkan juga beberapa tarikh penting berkaitan bayaran pencen.

  • Seperti yang semua sedia maklum, pencen bulan Disember 2020 telah dikreditkan pada 16.12.2020.
  • Pencen pada bulan Januari 2021 nanti akan dibayar pada 21.1.2021 beserta dengan kenaikan 2%.
  • Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan dibayar pada 6 Mei 2021, iaitu sama tarikh dengan bayaran RM500 Bantuan Khas Penjawat Awam Aidilfitri 2021 yang telah diumumkan.

Sila klik di sini untuk Cetakan Penyata Pencen

Maklumat Lanjut Tentang Tarikh Pencen 2021

Untuk maklumat lanjut berkaitan hal ehwal pencen, sila rujuk Portal Pencen JPA di http://www.jpapencen.gov.my/ atau telefon 603 8887 8777 atau e-mel [email protected] atau Facebook Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN).

PENJAWAT AWAM

Semua urusan operasi dan pemprosesan dokumen pencen penjawat awam hendaklah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Persaraan, KWAP beralamat di:

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Jabatan Perkhidmatan Persaraan, Aras 2, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Selangor
Koordinat GPS: 2°56’11″N 101°39’15″E
Telefon: 03 – 8887 8777
Emel: [email protected]

VETERAN ATM

Semua urusan operasi dan pemprosesan dokumen pencen veteran ATM hendaklah dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Veteran, Kementerian Pertahanan beralamat di:

Jabatan Hal Ehwal Veteran, Kementerian Pertahanan, Medan Tuanku, Level 3, Jalan Tunku Abdul Rahman, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Peersekutuan Kuala Lumpur.
Telefon: 03 – 2050 8000
Faks: 03 – 2691 7564
Emel: [email protected]

Aplikasi MyPESARA

Bagi yang belum tahu, semua pesara / penerima pencen / waris pesara Kerajaan boleh menggunakan Aplikasi MyPesara di Google Playstore dan Apple Appstore secara percuma.

Anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai hal ehwal persaraan dan informasi terkini, serta semak dan kemaskini status pencen kini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, setiap masa, di hujung jari anda!

Muat turun MyPesara di pautan berikut:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

lexis penjawat awam

Pakej Istimewa Hotel Lexis Untuk Penjawat Awam, Hingga 30 Jun 2021

kalendar islam 2021

Kalendar Islam 2021 (1442-1443 H) & Tarikh-tarikh Penting – JAKIM